CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 271|Reply: 1

Bonus Filem Mat Kilau, Johan As'Ari Bukan Jenis Meminta-Minta

[Copy link]
Post time 16-5-2023 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon, Johan As'ari, 37, enggan bersikap meminta-minta dan akur sekiranya memang tiada bonus untuk filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan lakonannya walaupun kutipan 'box office' mencecah RM100 juta, tahun lalu.


Johan yang membawa watak Yassin dalam filem itu ketika ditemui berkata, pemberian bonus kepada pelakon dan kru produksi terbabit adalah inisiatif penghargaan daripada pihak penerbit.






"Dalam soal bonus ini, bagi saya ia rezeki. Bergantung kepada penerbit sama ada nak memberinya atau pun tidak. Tetapi, sebagai pelakon dalam filem itu (Mat Kilau) saya tidak perlu meminta-minta.


"Bukan hak saya untuk minta apa-apa. Saya sebenarnya dah dapat pun apa yang patut saya dapat sebagaimana di dalam kontrak ketika bersetuju berlakon filem Mat Kilau dulu," katanya kepada Harian Metro.


Johan berkata, rezeki daripada Allah itu luas. Jika tak ada bonus untuk filem ini, mungkin memperolehnya daripada filem lain pula. Jadi, bersangka baik saja dengan perancangan Allah.


"Walaupun saya ada dengar orang kata, penerbit pernah keluarkan kenyataan mahu memberi imbuhan (bonus) kepada pelakon dan kru produksi, bagi saya tak apalah kalau tiada. Tak perlu berharap.


"Apapun, saya bersyukur dan gembira sudah memberikan lakonan yang baik untuk watak Yassin. Malah, hasilnya (filem Mat Kilau) juga boleh dibanggakan oleh kita semua," katanya.


Selain Johan, turut berlakon dalam filem arahan Syamsul Yusof itu ialah Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Namron, A Galak dan pelakon dari Indonesia, Yayan Ruhian.


Terbaharu, Johan muncul membintangi filem Tujuh Dua Belas sebagai Bentayan yang bergenre aksi arahan Thorpe Ali.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla johan ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.325513 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list