CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penganggur lagak mewah edar dadah ditahan

[Copy link]
Post time 16-5-2023 04:24 PM | Show all posts |Read mode

KHAW Kok Chin (kiri) melihat sebahagian dadah yang dirampas daripada seorang lelaki tempatan dalam sidang akhbar di IPK Pulau Pinang di George Town, hari ini. - Pix IQBAL HAMDAN





GEORGE TOWN: Gaya hidup mewah seorang lelaki tempatan yang merupakan seorang penganggur membongkar kepada kegiatan pengedaran dadah apabila dia ditahan polis bersama syabu dan heroin bernilai RM42,550 dalam serbuan di Bukit Tengah dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, polis bertindak menyerbu sebuah premis perniagaan di Bukit Tengah dan menahan suspek lelaki berusia 33 tahun yang berada di atas sebuah motosikal di depan premis itu pukul 5.25 petang.

Jelasnya, suspek lelaki itu disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis syabu dan heroin sejak tahun lalu dan hasil pemeriksaan lanjut, polis merampas tujuh peket plastik berisi syabu seberat 520 gram(g) bernilai RM20,500 bersama suspek dirampas.

“Menerusi soal siasat ke atas suspek, polis menyerbu kawasan parkir kereta sebuah apartment yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi serbuan pertama.

“Dalam serbuan ini, kita merampas empat peket heroin seberat 1,820 gram yang bernilai RM20,050 dalam sebuah kereta dipercayai milik suspek yang diparkir di kawasan itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Jelas beliau, suspek disyaki menjalankan kegiatan pengedaran dadah dengan mendapatkan bekalan daripada rangkaian sindiket sebelum membungkus semula dan mengedar kepada pembeli.

Dalam operasi sama, tambahnya, polis turut menyita tiga buah kenderaan bernilai RM198,000 termasuk dua buah kereta mewah bernilai RM180,000 yang dipercayai dimiliki suspek.



“Suspek didapati mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah dan direman selama tujuh hari sehingga 20 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan sindiket yang membekalkan dadah kepada lelaki itu, namun kita percaya dia menjalankan kegiatan pengedaran dadah dengan bergerak sendirian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kok Chin berkata, polis memeriksa seramai 90 pengunjung sebuah pusat hiburan di Bukit Mertajam dekat sini, semalam dan menahan 37 daripadanya selepas ujian saringan air kencing mereka positif dadah.

Sementara itu, dalam kes berasingan, beliau berkata, polis menahan 12 individu berusia antara 50-an dan 80-an dipercayai terbabit dalam kegiatan pertaruhan judi lumba kuda di sebuah pondok di Butterworth, Ahad lalu.

“Polis merampas barangan seperti jadual lumba kuda dan slip pertaruhan; 12 telefon bimbit; empat motosikal serta wang tunai berjumlah RM7,321 dan kesemua mereka direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... edar-dadah-ditahan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.066046 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list