CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

[Pulau Pinang] 7 polis ditahan main judi nombor ekor

[Copy link]
Post time 16-5-2023 03:10 PM | Show all posts |Read mode

KHAW Kok Chin (kiri) menunjukkan antara wajah suspek yang ditahan selepas menumpaskan sindiket perjudian atas talian dan kegiatan pertaruhan judi lumba kuda ketika sidang media di IPK Pulau Pinang. FOTO Danial Saad

Georgetown: Tujuh pegawai dan anggota polis antara 12 individu yang ditahan kerana terbabit dalam kegiatan judi nombor ekor haram di negeri ini hujung minggu lalu.

Difahamkan, penahanan yang turut membabitkan lima orang awam itu dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menerusi beberapa serbuan selama dua hari bermula Sabtu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin mengesahkan penangkapan pegawai dan anggota terbabit dan berkata kes itu masih dalam siasatan.

"Saya boleh mengesahkan bahawa ada tangkapan judi ekor haram dibuat membabitkan seramai tujuh anggota polis dan lima orang awam.

"Tetapi saya tidak boleh ulas lanjut kerana siasatan lanjut masih dilakukan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Difahamkan pegawai dan anggota yang ditahan di sekitar Air Itam itu berpangkat Konstabel, Koperal, Lans Koperal, Sarjan dan Asisten Superintendan yang mana masing-masing berusia antara 27 hingga 48 tahun.

Difahamkan juga, turut ditahan lima lelaki awam berusia lingkungan 30 hingga 55 tahun.

Dalam perkembangan lain, Kok Chin berkata seramai 12 individu lagi ditahan di sebuah pondok tidak bernombor di Butterworth, di sini, Ahad lalu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pertaruhan judi lumba kuda.

Serbuan pada jam 3.55 petang itu dilakukan pasukan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara menerusi Op Dadu.

Kok Chin berkata, kesemua warga tempatan itu berusia antara 50 hingga 80 tahun dan peralatan yang disyaki digunakan bagi kegiatan itu turut dirampas.

"Kesemua mereka direman di IPD Seberang Perai Utara selama dua hari berakhir hari ini mengikut Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 6(3) akta yang sama.

"Antara barangan yang dirampas ialah tablet, buku jadual dan catatan perlumbaan kuda, telefon bimbit, televisyen, komputer, empat motosikal, wang tunai berjumlah RM7,321 dan lain-lain, " katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... in-judi-nombor-ekor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.637108 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list