CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 3

Lelaki Acah Samseng Ugut Pemandu Kereta Dengan Kayu Dah Dicekup

[Copy link]
Post time 16-5-2023 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Penunggang motosikal yang menunjukkan kayu terhadap pemandu kereta bertujuan untuk menakutkannya pada Jumaat lalu, ditahan polis.


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki itu ditahan sekitar daerah ini kira-kira 1 pagi, Sabtu.




SEORANG penunggang motosikal ditahan polis kerana menunjukkan sebatang kayu terhadap seorang pemandu kereta di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut pada Jumaat lalu. FOTO ihsan TULAR




Menurutnya, polis turut merampas barang kes untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


"ada Jumaat (12 Mei lalu), polis mengesan satu video dimuat naik pemilik akaun Facebook 'Suci Fatehah' yang menunjukkan lelaki menunggang motosikal dan bertindak menakutkannya dengan mengeluarkan satu batang kayu daripada dalam baju.


"Situasi itu menyebabkan pemandu yang juga lelaki berasa terancam dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut pada hari sama," katanya hari ini.


Difahamkan, kejadian berlaku pada 10.55 pagi di Pengkalan Nyireh, Besut dan insiden dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kereta itu.


Dalam video tular berkenaan, penunggang motosikal itu memakai helmet biru dan berpakaian serba hitam dilihat bukan sahaja cuba memintas kereta, malah mengeluarkan kayu dipercayai untuk mengugut pemandu.


Bagaimanapun, dia kemudian meletakkan kayu ke bawah dan mula menunggang motosikal ke tepi jalan apabila mendapati kenderaan terbabit mempunyai dashcam.


Wajahnya sempat dirakam oleh penumpang yang berada di dalam kereta terbabit.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2023 01:10 PM | Show all posts
rasain lohhh..
perangai tak berkelas..acah2 samseng..
agak sebelum ni dah biasa buat, this time around pulak terciduk..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 01:23 PM | Show all posts
nak tengok jugak wajahnya macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 02:27 PM | Show all posts
naik motor kapcai tapi samseng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.058730 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list