CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1761|Reply: 20

Dulu Budak Nakal, Hafiz Mahamad Balas Jasa Hadiahkan Cikgu Tiket Umrah

[Copy link]
Post time 16-5-2023 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum ini, namanya dipuji-puji kerana memberi sumbangan sebanyak RM100,000 bagi melengkapkan jumlah RM9 juta yang diperlukan Wan Muhammad Naail atau Naail, kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang jumpa iaitu Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1.


Terbaru, Hafiz Mahamad sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila membuat kejutan kepada gurunya, Cikgu Linda dengan menghadiahkan tiket umrah.








Usahawan dan pempengaruh itu berkata, hadiah berkenaan diberikan sebagai tanda penghargaan buat Cikgu Linda yang telah mendidiknya dengan penuh sabar ketika masih bersekolah.


“Saya nakal dulu. Izinkahlah saya budak nakal ini datang balik ke sekolah ini untuk gembirakan awak. Cikgu saya tak tahu saya nak hadiahkan ini.


“Tengoklah reaksi dia. Ya Allah gembira sangat. Di sini saya ada kejutan, saya rasa saya bertanggungjawab untuk beri balik.


“Apa saya ada, apa pencapaian saya kepada guru saya balik. Hujung tahun ini atau awal tahun depan, saya nak bawa cikgu Linda ke bumi Allah untuk menunaikan umrah,” ujarnya.







Dalam pada itu, Hafiz berkata jada dan pengorbanan seorang guru terhadap para pelajarnya memang tidak terbalas.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2023 01:02 PM | Show all posts
Memori sekolah, cikgu garang, cikgu baik, cikgu lembut, cikgu sombong, semua pesen ada. Tapi ketahuilah cikgu sombong la paling kurang dikenang
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 02:00 PM | Show all posts
meols takde cikgu favourite sebab masa sekolah meols so busy aktiviti kelab, uniform semua...cikgu kaunseling pun meols ditch sebab macam tak function bila rujuk pasal planning lepas sekolah & amik bidang apa... ahahahaha.. so kalau meols kaya macam HM ni meols bawak makcik kantin je lah sebab she yang selalu bagi meols makan lebih & kenal nama meols... hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by naina at 17-5-2023 10:04 AM

Kadang terfikir..orang buat content sedekah ni tak segan ke..kalau aku nak bagi hadiah kat orang ni senyap2 jelah. Biar dia dengan aku je tau..segannn. tapi dia ni setiap kali buat amal mesti siap content susun elok2 dan publish. Btw adakah bisnes Aaina beauty tu betol2 masyukkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 02:20 PM | Show all posts
iols sangka baik jer yg dia buat content mcm tu utk inspire more ppl outside. tp one thing, iols ada soft spot kat dia. sbb dia mcm genuine. memula dulu cringe sikit tp lelama mcm ok dah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 02:22 PM | Show all posts
tak penah minat sbb semua benda dia buat semua nak bgtau 1 dunia. lantak ko laa. pemenat ko kan ramai.. hadap la pujian sampai mampus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2023 02:26 PM | Show all posts
selamat hari guru untuk semua guru2x...

iol pun takde cikgu fave dan bukan fave cikgu jugak di sekolah. iol rakyat marhein sahaja tp syukur sekarang udah berjaya.

terima kasih otakku sbb berjaya mengharungi zmn2x belajar dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 02:41 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 16-5-2023 02:20 PM
iols sangka baik jer yg dia buat content mcm tu utk inspire more ppl outside. tp one thing, iols ada ...

betul. dulu2 rasa dia mcm poyo. lama2 mcm dah ok. maybe dulu lain editor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2023 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp cikgu tu mcm baya2 dia je? Adakah masa dia form 5 cikgu ni baru abis praktikal? Jadi jarak umur tak jauh sgt la dak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 03:11 PM | Show all posts
musykil aku dia ni bisnes apa
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
MASALAHNYA retis ke nyahhhhh... Tak kenal punnnn....

Kalau semua benda ko nak buka kat bod gosip baik buka je sekali thread2 pasal eksiden semua etc yang kat CI tu...

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah hapiz ni la sekolah dr amalina che bakri 17A
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 04:20 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 16-5-2023 02:00 PM
meols takde cikgu favourite sebab masa sekolah meols so busy aktiviti kelab, uniform semua...cikgu k ...

sama la kita

bila time rehat, tegur acik kantin
"Aciiiikkkkkkk"
"Haaaa ko. Meh sini, amik keropok lekor tak habis ni. Share dengan kawan."

kadang2 dapat nugget  
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 04:39 PM | Show all posts
PULANGKAN replied at 16-5-2023 04:20 PM
sama la kita

bila time rehat, tegur acik kantin

YE.....meols pun muka muka stok makanan tak habis ye... sebab time rehat macam-macam makneka nak buat, mana kan nak main lagi, nak pergi perjumpaan itu ini, mana nak menyembang gossip girls lagi, manakan nak bersidai tepi padang tengok abang senior main bola / hoki lagi.. ahahahahaha.. pergi kantin dah hujung-hujung, dapat macam2 ye... sampaikan cikgu ingat meols penerima RMT makanan rahmah gitu.. walhal mak meols bagi belanja banyak ye hari2.. hahahaha


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 04:41 PM | Show all posts
helicornia replied at 16-5-2023 03:11 PM
musykil aku dia ni bisnes apa

kan dia biz skincare dengan aesthetic clinic

cuma aku tak paham kenapa bukak thread dia kat bod gosip artis
editor pulak tu yang bukak. bangang ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Time sekolah dulu aku x glamer. Bila result SPM keluar baru cikgu2 sibuk nk cari dan kenal aku. Sbb result aku gempak. Tapi tak kisah la tak glamer pun. Aku sentiasa doakan yg baik2 utk cikgu2 aku dulu n
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 16-5-2023 03:39 PM
Sekolah hapiz ni la sekolah dr amalina che bakri 17A

Sekolah husband ai. Hapiz ni mmbe husband ai la. Tp dia kata Amalina tu form 5 je sekolah situ. Kan parents dia jenis pindah2. So ambik spm kt sekolah tu. Merasalah sekolah tu glamer sbb 17A padahal....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 07:12 PM | Show all posts
Nijam zaman content. Beranak pun jadi content apatah lagi bergaduh, bercerai, berjimak dan lelain yg sewaktu dgnnya. Makan, berak, soping semua benda lah. Walaupun org kata buat baik, sedekah tunjuk kat org sbg motivasi or inspirasi, aku stil prefer buat baik tapi tak menunjuk. Nak didik hati ni bukan senang. Sikit je rasa riak, ujub hilang dah pahala.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
---- yaaaawwwnnnnn----
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 16-5-2023 02:11 PM
Kadang terfikir..orang buat content sedekah ni tak segan ke..kalau aku nak bagi hadiah kat orang ni  ...

Iols ada feeling sama macam chuols. Benda ni malu dok canang bagi orang nampak kita baik. Tak sanggup utk buat baik pastu sebar kat orang.

Malu kat Allah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.061028 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list