View: 996|Reply: 3
|
Kehamilan Anak Keempat Tak Dirancang, Dynas Risau Risiko Dan Komplikasi
[Copy link]
|
|
Dijangka melahirkan cahaya mata perempuan yang juga anak keempatnya pada Jun ini, pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar akui dia sememangnya teruja dengan kehamilan kali ini.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.
IG
Baru-baru ini, selebriti yang juga merupakan seorang usahawan ini menganjurkan majlis baby shower untuk dirinya yang bertemakan rona merah jambu. Umum mengetahui Dynas bakal menimang cahaya mata perempuan berdasarkan perkongsian dirinya mengenai kehamilan kali keempat ini.
“Kehamilan anak keempat ini tidak dirancang dan saya juga berasa risau risiko dan komplikasi ketika mengandung pada usia menjelang 40-an ini. Saya harap anak keempat ini adalah yang terakhir,” ujar Dynas.
IG
Ditanya hamil pada usia menjelang 40-an, Dynas mengakui berbeza berbanding ketika mengandung pada usia 20 dan 30-an.
“Terus terang, saya memang berasa cepat penat sepanjang mengandung anak keempat ini. Saya masih lagi berlakon ketika dapat tahu diri ini mengandung dua bulan. Namun, saya memutuskan untuk berehat seketika dari aktiviti penggambaran sehingga selepas selesai menjalani tempoh berpantang selama 100 hari nanti.
Dari segi persiapan menyambut kelahiran bayi, Dynas menyediakan kelengkapan bayi yang kebanyakannya baru untuk menerima kehadiran anak keempat dalam keluarga. Setiap kali hamil, Dynas tidak pernah lupa meraikan majlis baby shower untuk meraikan kandungannya.
Untuk rekod, Dynas berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 40, pada April 2018 dan dikurniakan anak lelaki, Edriel Obil, 4. Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 13, dan Mohamed Haqaish, 11.
Sumber: Nona
|
|
|
|
|
|
|
|
baru tau dia ni bercerai n kwen baru.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dont over react ler dinah oiiiii ko belum.cecah 40 lagi...sedangkheun mommy timoh dah melangkau 40 masih sibuk kejar harta dunia?
Timoh nak adik? Mommynyer pedulik apo...cousins cousinnyer ramai...pi jer ler main main dgn dorang kheunz?
Cian timoh....
Kahkahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
dynaz berlakon best .semoga selamat |
|
|
|
|
|
|
| |
|