CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

[Perlis] Kena sidai lima jam gara-gara feri tersangkut tali hanyut

[Copy link]
Post time 16-5-2023 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Kena sidai lima jam gara-gara feri tersangkut tali hanyut


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



FERI yang membawa 140 orang penumpang dari Langkawi ke Kuala Perlis tersangkut hampir lima jam. FOTO Ihsan pembaca.




Kangar: Sebuah feri yang membawa 140 penumpang dari Langkawi ke Kuala Perlis terkandas hampir lima jam berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini, kira-kira 8 malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 2.5 batu nautika barat daya Kuala Perlis yang mana ia dipercayai berpunca apabila Feri Langkawi 1 itu tersangkut pada tali yang hanyut di sekitar kawasan berkenaan.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, feri penumpang berkenaan memulakan perjalanan pada petang.

"Ketika perjalanan berbaki 0.9 kilometer sahaja, feri berkenaan tersangkut tali yang dipercayai hanyut di perairan berkenaan menyebabkan perjalanannya tergendala.

"Kita belum dapat mengenalpasti sama ada tali berkenaan adalah tali pukat nelayan atau tali yang hanyut dari kawasan lain.

"Namun kerja menunda feri masih diteruskan dengan dibantu bot nelayan daripada sekitar kawasan Kuala Perlis," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berkata, aset APMM sudah dikerah ke lokasi kejadian bagi memantau kerja menunda feri berkenaan.

"Malah, syarikat feri juga sudah menghantar sebuah bot nelayan tempatan untuk membantu menunda feri berkenaan hingga ke terminal feri.

"Penumpang bagaimanapun berada dalam keadaan selamat," katanya.

Feri akhirnya tiba di Terminal Feri Kuala Perlis pada 12.20 pagi hari ini.



Disiarkan pada: Mei 16, 2023 @ 1:30am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047090 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list