View: 697|Reply: 8
|
Dulu Ramai Kutuk 'Kayu', Sekarang Alicia Amin Bangga Dah Hebat Berlakon
[Copy link]
|
|
Kehadiran Alicia Amin dalam dunia lakonan yang bermula sejak tujuh tahun lalu semakin diterima peminat filem dan drama tempatan.
Dia percaya kerja keras dalam memperbaiki mutu lakonan menjadi sebab kepada perkara tersebut.
Foto: IG
“Mula-mula ramai cakap saya ‘kayu’. Keadaan itu sama dengan pembabitan awal saya dalam bidang peragaan.
“Tak semua dikurniakan bakat dan kebolehan melakukan satu-satu perkara dengan baik pada hari pertama. Ramai antara kita yang ‘tak pandai’ ketika kita baru memulakan sesuatu.
“Jadi saya percaya, usaha dan kegigihan boleh menjadikan kita bertambah baik dalam satu-satu perkara yang kita lakukan,” katanya kepada Utusan.
Alicia memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Meh Sandar Lagi yang ditayangkan pada 2017.
Dia turut membintangi beberapa filem termasuk The Disappearance of Irdina Adhwa dan Rasuk.
Sementara itu, Alicia turut menyimpan hasrat untuk menuntut ilmu bersama pelakon hebat, Fatimah Abu Bakar.
“Saya pernah bertanyakan kepadanya tentang yuran kelas lakonan yang dianjurkannya. Disebabkan mahal, saya terpaksa tanggu dahulu hasrat tersebut,” ujarnya. -CARI
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sharlenetexas at 16-5-2023 11:28 AM
Nmpk rempit pulak bila warna rambut.
Rambut asal warna hitam lebih sesuai.
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah tengok 2 je cerita sheols berlakon. Memang best dia berlakon dua dua cerita yang iols tengok ni. Lagi nampak real dari heroin |
|
|
|
|
|
|
|
sheols berlakon dulu pun takde la kayu... better lagi lakonan sheols dari si sharipap mawar dan mata jarak family asyik sakit tu...
cumanya sheols kepam... dalam tv pun nampak kepam...
|
|
|
|
|
|
|
|
yes setuju sangat... sheols memang ada aura pelakon untuk drama2 urban macam high council tu...kalau gantikan sheols dengan si daiyan tu rasanya sheols boleh bawa watak dengan jauh lebih baik....
cumanya tinggi lampai la pulak jadi tak sesuai dengan katik2 dalam high council tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Brape la tggi dia gaknye
Nmpk tggi betul |
|
|
|
|
|
|
|
aku xtaula tp kat mata aku ni dy ni mcm kepam mcm x wangi |
|
|
|
|
|
|
| |
|