CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 773|Reply: 8

Tak Lapar, Berhenti Makan Pada Jun 2006- Lelaki Hanya Minum Air Berkarbonat Selama 17 Tahun

[Copy link]
Post time 16-5-2023 10:33 AM | Show all posts |Read mode
TEHERAN: Seorang lelaki dari Iran mendakwa dirinya hidup dengan hanya mengamalkan minuman berkarbonat selama 17 tahun lalu.


Malah, lelaki pertengahan umur itu juga mendakwa sepanjang tempoh berkenaan dia tidak makan dan minum apa-apa, selain mengambil minuman berkarbonat.


Lapor Mirror, Gholamreza Ardeshiri berkata, dia tidak pernah berasa lapar dan sudah berhenti makan pada Jun 2006, kira-kira 17 tahun lalu.




Foto: Mirror




“Apabila saya berasa letih, satu-satunya perkara saya lakukan adalah minum air berkarbonat seperti Pepsi kerana ia memberikan tenaga.


“Tiada sebarang insiden yang menyebabkan kesannya, malah saya tidak terkejut. Saya masih belum mengetahui sebabnya,” katanya.


Menurut Gholamreza, tabiat itu bermula apabila dia dapat merasakan sesuatu objek seperti rambut berada di dalam mulutnya.


“Saya dapat merasakan seolah-olah rambut ini berada dalam mulut dan hujungnya di perut saya, ia tidak dapat dikeluarkan walau apa pun dilakukannya.


“Rambut itu seperti terseret-seret di kerongkong dan saya rasa sesak nafas, tercekik sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukannya,” katanya.


Gholamreza memberitahu dia pernah berjumpa dengan beberapa doktor namun mereka gagal mendiagnosis penyakit yang dialaminya.


“Saya pernah berada di hospital dari pagi hingga malam namun tiada sesiapa mampu mendiagnosis penyakit saya.


“Tiada rambut di dalam mulut saya, tetapi ia amat mengerikan apabila dapat merasakan kehadirannya,” katanya. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2023 08:18 AM | Show all posts
suakti ko la deknonn bdn ko bukan bdn aku
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 09:23 AM | Show all posts
Takde penyakit macam diabetes ke apa ke heols ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 09:35 AM | Show all posts
pak gholam, minum air je ke?  cukup ke nutrisi?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 10:34 AM | Show all posts
Wow ini memang hebat. Ini mencabar semua teori pasal kesihatan dan perubatan. Tentu jem semua otak-otak dokor nak fikir

Iin kalau betullah... tapi jarang berita dari iran kita dapat baca, takkan keluar jer terus scam
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 17-5-2023 01:23 AM
Takde penyakit macam diabetes ke apa ke heols ni?


Orang2 tua umo gini badan memang amazing. Macam nenek aku belah pak la. Takda pun penyakit kronik walau melantak megi, minuman manis masa muda. Dia meninggal umur 103 tahun.

Weols jangan buat la. Confirm mati awal. Aiol perasan dah ramai kengkawan sebaya aiol or batch 80an yang dah pergi sejak 2-3 tahun ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2023 10:37 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 17-5-2023 10:35 AM
Orang2 tua umo gini badan memang amazing. Macam nenek aku belah pak la. Takda pun penyakit kronik  ...

80an tu kira umur skrg 43 dan ke atas. masih dalam kategori badan sepatutnya sihat dan kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2023 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kalau aku yang buat kompom badan dah macam tong .. huntonglah pokcik takde masalah kesihatan walau dapat nutrisi dari Pepsi sajo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2023 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 17-5-2023 02:37 AM
80an tu kira umur skrg 43 dan ke atas. masih dalam kategori badan sepatutnya sihat dan kuat.

Nampak macam masih segak pakcik tu so hokeh la.

Kalau batch aiol buat gini, sah2 umo 20an dah kiok kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.071708 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list