CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kim Tong, warga emas yang tak ingat jalan balik rumah hargai jasa polis

[Copy link]
Post time 15-5-2023 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Kim Tong, warga emas yang tak ingat jalan balik rumah hargai jasa polis



Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 15, 2023 @ 9:32am bhnews@bh.com.my




Lee Kim Tong, 78 (tengah) berterima kasih kepada dua anggota polis yang membantu menghantarnya ke rumah selepas lupa jalan balik rumah pada 19 April lalu. - Foto PDRM




BUTTERWORTH: Seorang lelaki warga emas yang mempunyai masalah ingatan berterima kasih kepada dua anggota polis yang menghantarnya ke rumah selepas gagal mencari jalan pulang pada 19 April lalu.

Terdahulu, Lee Kim Tong, 78, dikunjungi dua anggota polis berkenaan yang datang ke kediamannya petang semalam bagi memenuhi permintaannya yang ingin bertemu dengan mereka.

Hadir sama, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Siti Nor Salawati Saad.

Menurut Siti Nor Salawati, lelaki warga emas yang juga seorang pengurus syarikat ditemui dua anggota berkenaan ketika membuat rondaan di lampu isyarat dekat Terminal Pengangkutan Penang Sentral.

Sebelum itu mangsa berasa terancam selepas kereta jenis Mazda CX5 yang dipandunya diekori tiga motosikal yang tidak dikenali sebelum dia didatangi sebuah kereta peronda (MPV) polis.

"Apabila anggota menghampiri kenderaan mangsa, ketiga-tiga motosikal itu terus beredar. Kemudian pemeriksaan dijalankan dan didapati mangsa yang memandu seorang diri mengalami masalah ingatan apabila tidak dapat mencari jalan pulang ke rumah.

"Selepas ditemubual mangsa menyerahkan kad nama syarikat kepada anggota dan berpandukan kepada alamat berkenaan, salah seorang anggota MPV telah membantu memandu kenderaan mangsa hingga sampai ke rumahnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Kim Tong berkata, dia bangga dengan tindakan dua anggota polis itu yang membantunya tanpa mengira kaum dan bangsa.

"Dalam kejadian itu, saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai hadir satu majlis makan malam tetapi entah tiba-tiba saya cari jalan untuk balik tak jumpa.

"Mujur datang dua anggota polis yang ternampak saya mempunyai masalah kemudian datang membantu membawa saya pulang dengan selamat.

"Terima kasih dan saya amat menghargai pertolongan mereka yang mana di sini saya lihat tidak kira apa sahaja kaum kita sebenarnya hidup dalam negara sangat harmoni," katanya.



Lee Kim Tong, 78 (tengah) berterima kasih kepada dua anggota polis yang membantu menghantarnya ke rumah selepas lupa jalan balik rumah pada 19 April lalu. - Foto PDRM


sumber





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.062460 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list