Menerusi klip ringkas itu juga dikatakan PM mengaitkan dengan jasa yang telah diberikan oleh kumpulan ini yang pernah menaja mesin memerangkap sampah sungai “Interceptor 005” di Sungai Klang pada tahun 2022 dengan kerjasama pertubuhan tidak berasaskan keuntungan Belanda, The Ocean Cleanup.
Namun, masih ramai terutama dari golongan pendakwah membangkang kedatangan kumpulan itu termasuk Ustaz Ahmad Dusuki.
“Bagi sesiapa yang menyokong kehadiran kumpulan ini, bermakna dia menyokong LGBT. Dan bumi Malaysia ini bukan bumi untuk dimusnahkan.
“Bumi Malaysia ni mesti dibangunkan dengan hiburan yang baik, hiburan yang membina masyarakat bukan hiburan yang menghancurkan dan meruntuhkan akhlak pada masa yang akan datang nanti,” katanya.
Sebelum ini juga, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata parti PAS dialu-alukan tidak menonton konsert itu jika mereka bukan peminat kumpulan itu dan kedatangan Coldplay katanya selaras dengan inisiatif kementeriannya untuk membersihkan alam sekitar.
Sumber: The Reporter