CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 1

Wanita Malaysia Ditahan Tak Isytihar 20,000 Dolar Singapura

[Copy link]
Post time 14-5-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Singapura: Wanita warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Singapura selepas disyaki membawa masuk 20,000 dolar Singapura (kira-kira RM66,000) yang tidak diisytiharkan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 25 April lalu, lapor The Straits Times.


Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam kenyataan di Facebook semalam berkata, wanita terbabit memasuki Singapura dengan menaiki kereta.


Wang kertas itu ditemukan dalam beg plastik.



"egawai memprofilkan kenderaan didaftarkan di Malaysia untuk pemeriksaan menyeluruh dan menemui timbunan mata wang yang dibungkus dalam beg plastik merah jambu di dalam kenderaan itu," katanya.


Kes dirujuk kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.


Mengikut undang-undang, pelancong yang memasuki atau meninggalkan Singapura dengan membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga seperti cek atau borang pembawa melebihi 20,000 dolar Singapura atau setara dengannya dalam mata wang asing dikehendaki mengemukakan laporan kepada polis.


"Keperluan pelaporan itu adalah sebahagian daripada usaha memerangi pengubahan wang haram antarabangsa dan pembiayaan keganasan," kata ICA.


Kegagalan melaporkan wang dalam jumlah tertentu adalah kesalahan yang membawa denda sehingga 50,000 dolar Singapura (kira-kira RM167,000) atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kes i speak no inglis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.033023 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list