CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bukan mudah tawan Pulau Pinang - Wan Saiful

[Copy link]
Post time 13-5-2023 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Bukan mudah tawan Pulau Pinang - Wan Saiful


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



WAN Saiful (tengah) beramah mesra dengan Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pulau Pinang, Zulkifli Bakar (dua dari kanan) pada Rumah Terbuka Aidilfitri di Jeti Nelayan Bagan Ajam. FOTO Danial Saad




Butterworth: Perikatan Nasional (PN) mengakui bukan mudah untuk gabungan parti itu menakluk Pulau Pinang dengan menang majoriti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata perkara itu bukan lagi rahsia dan diketahui oleh semua pihak.

Bagaimanapun katanya, PN di bawah tiket Bersatu, PAS dan Gerakan tetap akan memberi saingan dengan bertanding di kesemua 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Jika dilihat di enam negeri (negeri yang bakal mengadakan PRN) sudah tentu Pulau Pinang berada di kedudukan paling mencabar bagi PN yang itu bukan rahsia dan semua orang tahu tetapi cabaran itu tidak melemahkan semangat kita.

"Tambahan pula, berdasarkan kajian yang dilaksanakan juga mendapati peratus sokongan terhadap PN meningkat termasuk dari kalangan pengundi bukan Melayu. Jadi ini satu petanda yang baik.

"Dulu matlamat kita nak jadi pembangkang yang kuat dan sekarang matlamat ini kita ubah yang kemungkinan akan menjadi kerajaan (negeri) yang baik andai diberi peluang mentadbir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung persiapan PN terutamanya Bersatu dalam menghadapi PRN.

Terdahulu, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Khidmatnya di Jeti Nelayan Bagan Ajam, di sini, hari ini

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, pembahagian kerusi antara gabungan parti PN sudah selesai minggu lalu, namun belum dimuktamadkan di peringkat pusat.

"Soal pembahagian kerusi memang sudah selesai walaupun dalam perbincangan masing-masing mempunyai pelbagai hujah tetapi kita berjaya capai persefahaman.

"Ketika ini, kita sudah berbincang tentang calon yang setiap bahagian sudah menyenaraikan calon-calon (untuk bertanding dalam PRN) tetapi itu juga peringkat tertinggi yang akan membuat penilaian dan memuktamadkan senarai (calon) berkenaan.

"PN hampir setiap bulan bermesyuarat bagi menyusun gerak kerja menghadapi PRN dan yakin semua kerusi Dun yang kita masuk bertanding mempunyai peluang cerah," katanya.

Ditanya sama ada PN sudah mengenalpasti calon Ketua Menteri sekiranya mentadbir Pulau Pinang, Wan Saiful berkata, perkara terbabit juga ada dalam perbincangan gabungan parti itu.

"Kita ada perbincangan soal itu (calon Ketua Menteri). Kalau sekiranya diamanahkan rakyat untuk mentadbir maka kita bersedia untuk mentadbir lebih baik dari kerajaan sedia ada," katanya.



Disiarkan pada: Mei 13, 2023 @ 3:19pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.062976 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list