CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

[Pulau Pinang] 10 individu rugi RM1j dakwa jadi mangsa tipu ejen insurans

[Copy link]
Post time 13-5-2023 02:55 PM | Show all posts |Read mode
ANDREW Ooi (tengah) dalam sidang akhbar bersama individu yang menjadi mangsa penipuan seorang ejen insurans di ibu pejabat Gerakan Pulau Pinang, George Town hari ini.
















GEORGE TOWN: Hasrat 10 individu termasuk tiga warga emas untuk memperoleh plan perlindungan wang simpanan daripada sebuah syarikat insurans terkemuka musnah apabila mereka mendakwa ditipu seorang ejen insurans yang dikenali sebagai Donovan.

Kesemua mangsa kerugian hampir RM1 juta apabila wang tunai yang mereka serahkan kepada Donovan sebagai bayaran premium plan insurans wang simpanan itu didakwa dilarikan lelaki berusia lingkungan 30-an itu.

Selain menipu wang insurans itu, Donovan juga didakwa menipu dan melarikan wang seorang mangsa yang melabur di dalam syarikatnya sehingga menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM200,000.

Bekas tunang Donovan juga didakwa turut menjadi mangsa penipuan lelaki itu apabila dia dan keluarganya kerugian wang berjumlah lebih RM100,000.

Menurut Pengerusi Parti Gerakan Paya Terubong, Andrew Ooi, secara keseluruhan terdapat 15 mangsa yang mendakwa ditipu Donovan dan setakat ini seramai 10 mangsa tampil berjumpa pihaknya dengan tujuh daripada mereka telah membuat laporan polis.

”Donovan telah menghilangkan diri sejak Disember tahun lalu dan mangsa-mangsa telah membuat laporan polis pada Januari dan Februari tahun ini, namun lelaki ini masih gagal ditemui.


”Kesemua mangsa ditipu sekitar RM100,000 hingga RM300,000 dan mereka berharap Donovan segera tampil menyerah diri kepada pihak polis dan membayar kembali wang mereka,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan negeri, di sini hari ini.

Andrew berkata, pihaknya juga meminta orang ramai berhati-hati apabila didatangi ejen insurans yang mendakwa menawarkan perlindungan kewangan kepada mereka.
”Donovan akan meminta manga membayar keseluruhan premium insurans perlindungan wang simpanan kepadanya secara tunai dan dia akan membantu mangsa membayar wang tersebut kepada syarikat insurans.

”Dia hanya akan membayar wang tersebut kepada syarikat insurans selama sebulan atau dua bulan sahaja dan kemudian akan melarikan diri, kami difahamkan lesennya pada masa ini telah ditarik syarikat insurans,” katanya.

Dalam pada itu, salah seorang mangsa, Alvin Tan berkata, ibunya mengenali Donovan sejak 2019 ketika menghadiri program di gereja dan keluarga mereka termasuk dia sendiri kerugian kira-kira RM300,000 ditipu Donovan.

”Saya bekerja di luar negara dan menyerahkan wang tunai kepada Donovan untuk menguruskan plan perlindungan wang simpanan dan melabur di dalam syarikatnya.
”Saya tidak sangka dia menipu kami dan melarikan kesemua wang tunai yang diberikan kepadanya untuk membayar premium perlindungan wang simpanan kami,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... tipu-ejen-insurans/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.613629 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list