CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1370|Reply: 6

Hati Dini Schatzmann Remuk Tengok Kereta Kesayangan Calar Teruk, Pemandu Larikan Diri Selepas Langgar

[Copy link]
Post time 11-5-2023 08:48 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Dini Schatzmann meluahkan rasa kecewa apabila kereta mewah miliknya dilanggar lari oleh pemandu tidak bertanggungjawab.


Dini atau Dini Azan Schatzmann, 29, berkata dia sudah sebaik mungkin menjaga kenderaan kesayangannya itu namun bahagian depan calar teruk akibat disagat kereta lain.






"Simpan kenangan di sini. Punyalah susah nak jaga kereta sampai tak nak bagi ada satu pun calar.


"Senang-snang sahaja dia langgar lari kereta saya," katanya.


Dini berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan keadaan kereta mewahnya bersama kesan calar.


Bagaimanapun, Dini enggan meratapi insiden tersebut memandangkan perkara itu sudah pun berlaku.


Namun Dini berharap agar orang ramai menjadi pemandu bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak disengajakan dan bukannya melarikan diri.


"Hendak menangis pun benda dah jadi. Kepada sesiapa diluar sana terlanggar kereta orang, tolonglah jadi orang bertanggungjawab di atas kesilapan dilakukan.


"Cuba cari jalan penyelesaian secara baik," katanya.


  



Perkongsian Dini itu turut membuatkan pengikutnya berasa sakit hati dengan insiden menimpa Dini.


Malah mereka mengakui turut terasa sakit melihat kesan calar pada kereta aktor berkenaan.


"Aduh terasa sakitnya. Tadi kadang-kadang kita jaga sangat, itu yang calar teruk.


"Luka yang tak berdarah, cuba periksa CCTV mana tahu dapat jumpa siapa yang langar," antara komen netizen.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2023 05:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Sooo??? Apo isu die?? G polish je lah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kereta mewah ke?
Anak org kaya ke? Or kerja gaji kencang?
Ke bakal wife yg beli kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 08:24 AM | Show all posts
Heols pakai Volvo ke. Bertabah lah. Walaupun cringey, tapi I faham la his frustration beria2 drive elok2 supaya kereta tak calar, then tibehhh je kena sondol tak pasal2. Done bekap dik Dini
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 08:57 AM | Show all posts
si juling muka michael jackson tak jadi ni pun sejenis attention seeker jugak ye... padan lah dengan mek jenna ting tong tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 11:19 AM | Show all posts
pergi balai buat report jelaa..kreta mewah xkan xder dashcam utk trace no plat si pelaku..lahaiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa susah2...ko suruh je la janna sponsor sebijik keter baru
Sbb akak tgk ko pun mcm spesis biawak hidup je kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.048205 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list