CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

[Pulau Pinang] Musim kemarau: Bomba kenal pasti kawasan berisiko terbakar

[Copy link]
Post time 10-5-2023 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Musim kemarau: Bomba kenal pasti kawasan berisiko terbakar

oleh   MOHD ISKANDAR OTHMAN  10 Mei 2023   04:11pm





Saadon (enam dari kanan) bergambar bersama pengamal media yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JBPM Pulau Pinang, pada Rabu.




BATU KAWAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang telah mengenal pasti enam lokasi titik panas kebakaran terbuka berskala besar di negeri ini

Pengarahnya, Saadon Moktar berkata, kawasan yang dikenal pasti melibatkan tapak pelupusan sampah, tanah perkuburan dan kawasan hutan yang perlu dipantau setiap masa berikutan berisiko berlakunya kebakaran pada musim kemarau ini.

Menurutnya, enam lokasi berkenaan terdiri daripada Tapak Perlupusan Sampah Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Tapak Pelupusan Sampah Jalan Byram Pulau Burung, Tapak Pelupusan Sampah Ampang Jajar Mak Mandin, Tanah Perkuburan Cina Padang Tembak, Tanah Perkuburan Cina Mount Erskine dan Hutan Bukit Bendera Paya Terubong.

"Kesemua lokasi yang disenaraikan merupakan antara lokasi yang sering berlaku kebakaran besar setiap kali musim panas.

"Selain itu terdapat 22 lokasi lagi turut dikesan berisiko berlaku kebakaran berskala sederhana dan kecil termasuk kebakaran hutan.

"Antara lokasi terbabit, Jalan Chain Ferry dan New Ferry Butterworth, Taman Bagan, Jalan Bagan Lalang, Bukit Tambun (lebuhraya utara selatan), Hutan Bukit Kukus, Hutan Bukit Jambul, Hutan Bukit Gambir, Hutan Empangan Mengkuang dan Hutan Pulau Aman," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JBPM Pulau Pinang pada Rabu.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kekurangan bekalan air yang dibimbangi mampu menjejaskan operasi pemadaman api pihak bomba, Saadon berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi untuk akses bekalan air terbuka sekiranya perlu.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai 13,000 pili bomba di seluruh negeri yang diselenggara dengan baik.

Malah tambahnya, pihak JBPM Pulau Pinang mempunyai empat lori tangki serta bantuan tangki air daripada bomba sukarela.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.064551 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list