CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1744|Reply: 20

Majlis Kahwin Kecoh Pengantin Lelaki Dapat Panggilan Adik Pengantin Perempuan Nak Bunuh Diri Kalau Majlis Diteruskan

[Copy link]
Post time 10-5-2023 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Pengantin lelaki di Bihar, India, membuat pendedahan 'berani mati' bercinta dengan adik bakal isterinya pada hari bahagianya ketika majlis perkahwinan mereka.


Pada 2 Mei lalu, perarakan perkahwinan Rajesh Kumar, dari Chhapra dengan Rinku Kumari dari Saran berjalan lancar mengikut adat dan tradisi sehingga pengantin lelaki menerima panggilan daripada adik pengantin perempuan iaitu Putul.




RAJESH Kumar dengan Rinku Kumari, pada majlis perkahwinan mereka. FOTO Agensi




Putul mengancam mahu membunuh diri dengan terjun dari bangunan jika perkahwinan lelaki itu dengan kakaknya diteruskan.


Selepas kalungan perkahwinan sudah ditukar antara Rajesh dan Rinku, pengantin lelaki tiba-tiba menghentikan perkahwinan itu sebelum mendedahkan dia menjalin hubungan cinta dengan adik pengantin perempuan, malah mereka berdua saling menyayangi.


Menurut Rajesh, dia mengenali Putul sebelum perkahwinannya ditetapkan dengan Rinku.


Katanya, Putul yang menduduki peperiksaan perantaraan di sebuah kolej di Chhapra sering bertemunya di bandar itu.


"Kami menjadi rapat dan suka antara satu sama lain.


"Malah, kami bersembang melalui panggilan telefon selama berjam-jam, sebelum kami akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain," katanya.


Pendedahan itu mencetuskan pertelingkahan antara dua keluarga pengantin hingga polis terpaksa dipanggil untuk campur tangan.


Pegawai Balai Polis Manjhi berjaya mengawal dan menenangkan keadaan hingga keluarga itu bersetuju berbincang menyelesaikan masalah itu.


Selepas mendengar keseluruhan dan mengambil kira semua perspektif, mereka sekeluarga memutuskan untuk mengahwinkan Rajesh dengan Putul dan bukannya Rinku.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2023 12:30 PM | Show all posts
Muka macam ni pun jadi rebutan aduhai.  Kakak kau cantik biarkan jantan ni kawin adik kau.  
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini drama Tamil channel mana ini?

Kenapa dari awal Rajesh dan Putul tak terus terang saja?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 12:51 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 10-5-2023 12:31 PM
Ini drama Tamil channel mana ini?

Kenapa dari awal Rajesh dan Putul tak terus terang saja?

biasala kan..benda boleh complicate, buat apa setel awal2?


Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 10-5-2023 04:51 AM
biasala kan..benda boleh complicate, buat apa setel awal2?

A'ah kan. Tak best la idop kalau simple takda cabaran gitoh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 01:21 PM | Show all posts
ternyata plot drama tamil yg biasa kita tgk tu bukan rekaan semata-mata..part action je lah purely fiction
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2023 01:26 PM | Show all posts
kakak pun muka macam sedih je mungkin terpaksa kawin sbb awak pun tak nak bgtau awal bercinta ngan bakal suami dia.. kalau bgtau kan senang.. aje betul lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau aku jadi rinku, aku baling batu giling yg ada cili kat dua2 manusia ni. buang masa aku je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2023 02:19 PM | Show all posts
celak dia lg tebal dr celak perempuan tu

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 02:25 PM | Show all posts
oklaa... hepi ending akhirnya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Camni br la dramatik mcm filem2 diorang
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 03:06 PM | Show all posts
Mungkin si Putul bagi dowri byk dari kakaknya membuatkan bhaiya Rajesh kawen ngan putul
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 03:25 PM | Show all posts


next time letak gambar kalu, bagi cliaq hokey.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dapat bayangkan bagaimana meriah dan riuh rendahnya pertelingkahan dua belah keluarga pengantin ittew...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-5-2023 12:31 PM
Ini drama Tamil channel mana ini?

Kenapa dari awal Rajesh dan Putul tak terus terang saja?

Haha kan....betul2 mcm drama Tamil....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh betol2 mcm.dlm drama tamil hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2023 03:49 PM | Show all posts
Katik camni pon jadi rebutan.. sembang kari lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak memasal kakak ko jadi janda berhias
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal2 tak terus terang,ke dia ni dah ehem2 keduanya?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 04:37 PM | Show all posts
rasa kelakar la pulak
mcm takde lelaki lain nak jugak tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051118 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list