View: 772|Reply: 12
|
Keadaan Jalan Raya Di Johor Bahru Mendukacitakan - Nanta
[Copy link]
|
|
Johor Bahru : Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melahirkan rasa dukacita melihat keadaan jalan raya di bandar raya ini.
Beliau yang meninjau beberapa jalan raya di daerah ini berkata, sebagai pengguna jalan raya beliau memahami situasi dialami rakyat yang berdepan masalah jalan berlubang dan tidak diselenggara sebaiknya.
"Sebentar tadi, saya turun melihat sendiri keadaan jalan raya di beberapa kawasan di bandar Johor Bahru yang kerap diadu kepada kami di kementerian.
Nanta (tengah) ketika meninjau beberapa jalan raya di daerah ini.
"Antaranya adalah di kawasan Jalan Tebrau di hadapan Hotel Crystal Crown, Jalan Persimpangan Kampung Dato Sulaiman dan persimpangan Kampung Majidee.
"Memang agak mendukacitakan keadaan jalan di sini. Benarlah seperti yang diadukan oleh pengguna jalan raya," katanya menerusi kenyataan dalam Facebooknya, hari ini.
Nanta berkata, beliau sudah memanggil jurutera Daerah Johor Bahru untuk mendapatkan penjelasan berkaitan keadaan jalan dan inisiatif Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah dalam menyelesaikan masalah berkenaan.
"Saya mahu ada tindakan berkesan diambil dalam masa terdekat, bukan lagi membiarkan pengguna terus menerus bersabar dengan keadaan itu.
"Saya juga akan mendapatkan laporan status keadaan jalan raya bermasalah dengan lebih kerap daripada JKR pusat dan negeri di seluruh negara bagi memastikan segala perancangan dilaksanakan dengan lancar," katanya.
Beliau berkata, isu penyelenggaraan jalan tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan keselamatan dan nyawa manusia.
Pada masa sama, beliau berharap semua yang terbabit dalam memastikan keadaan jalan raya dalam keadaan baik termasuk kakitangan kementerian, JKR, agensi atau syarikat konsesi dilantik, mengambil tanggungjawab dengan penuh amanah dan berintegriti.
"Saya mahu melihat ada perubahan berhubung cara semua pihak melaksanakan tanggungjawab penyelenggaraan jalan ini.
"Letakkan diri sendiri sebagai pengguna, jika kita rasa selamat dan selesa, pasti pelanggan iaitu rakyat juga berasa sedemikian.
"Tetapi, jika kita sendiri rasa sebaliknya, jangan hairan mengapa mereka marah dan tidak berpuas hati dengan kerja kita.
"Ingatlah, jangan ambil mudah tugas dan amanah penyelenggaraan jalan kerana akhirnya ia akan membabitkan soal keselamatan dan nyawa," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang pelik nye........ jalan depan building jkr pun berlobang2......... jalan kat tourist spot atau prime area pun sama je keadaan...harap menara je gah...... tapi laluan menteri memang jalan cantik...
(semoga ada live pengarah jkr ride EX5 ronda2 tengah kl tu, lagi afdhal lepas hujan kilat biar terlanggar lubang lopak air tergolek... bukan ride motor besar tayar absorber sedap nat) |
|
|
|
|
|
|
|
Bayar road tax mahal2 utk dapat rim bengkok free |
|
|
|
|
|
|
|
dorg tk buat keje pun gaji masuk..
|
|
|
|
|
|
|
|
Org jkr p gheja naik apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Status bandaraya tapi jalan berlobang macam kawah booolan... Ha gaytohhh |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan JB je, hampir semua negeri pun sama....nak tunggu next PRU baru elok balik |
|
|
|
|
|
|
|
jalan2 ni semua bawah tgjawab siapa? negara johor ni bukan kaya dan bagus ke, kenapa jalan diaorang macam tu? pahang yg di bawah Agong pun jalan macam kawah bulan. Pahang miskin kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni semua sbb duit. Duit x cukup mcm mn nak buat maintenance. Mcm mn duit x cukup? Sbb bnyk abes byr elaun ahli politik Dan menteri |
|
|
|
|
|
|
|
belum kau nampak jaraya di sabah nak... |
|
|
|
|
|
|
|
Aah..baru perasan. Kenapa jalan kat area office JKR cam haram? Buat2 tak nampak ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kerja-kerja pembaikkan jalan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat |
|
|
|
|
|
|
|
Wayang sempena nak PRN... Mula la menteri2 PH pakat buat sibuk & prihatin..... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|