CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 1

Air Surut, Nelayan Terkandas Lima Jam Di Tengah Laut

[Copy link]
Post time 9-5-2023 08:25 PM | Show all posts |Read mode
Melaka – Kerja-kerja mengorek pasir perlu dilaksanakan secara berkala bagi mengatasi masalah muara cetek di Jeti Nelayan Klebang Besar dan Jeti Nelayan Lereh, dekat sini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong berkata, mendapan pasir di sungai menyebabkan nelayan yang keluar menangkap ikan menghadapi masalah untuk pulang ke jeti apabila air bertukar surut.


Menurutnya, beliau menerima banyak rungutan daripada nelayan yang mendakwa terpaksa menunggu hampir lima jam di tengah laut sebelum dapat pulang setelah air pasang.


Ban Hong (dua dari kiri) meninjau keadaan sampan nelayan yang terkandas apabila air bertukar surut.




“Muara sungai mengalami mendapan kesan daripada kerja-kerja penambakan laut di sekitar Klebang hingga ke Limbongan.


“Setelah berbincang dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), perkara ini akan dibawa pada mesyuarat penyelarasan tidak lama lagi,”katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Jeti Nelayan Klebang Besar di sini, hari ini.


Tambahnya, agensi berkaitan juga diminta untuk mengemukakan satu peruntukan kepada Kerajaan Persekutuan serta kementerian berkaitan kerja-kerja mengorek mendapan pasir dapat dilakukan di kedua-dua jeti berkenaan.


Dalam pada itu Ban Hong memberitahu, jeti tersebut sedang dinaik taraf melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM75,000 dan dijangka siap dalam tempoh 10 minggu.


“Kerja-kerja ini membabitkan pemanjangan ramp iaitu laluan untuk bot naik dan turun daripada 8 meter kepada 12 meter.


“Kita juga menggantikan tiang pancang galvanized iron (GI) sedia ada kepada jenis GI yang disarung paip HDPE 75 milimeter keseluruhan berjumlah 90 batang serta disusun semula,” katanya.


Jelasnya, kerja-kerja tersebut perlu dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan bagi menampung pemindahan seramai 19 nelayan dari Jeti Nelayan Limbungan dan Jeti Nelayan Kota Laksamana.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomen bayar kontraktor korek pasir - kontraktor jual pasir - duit p mana?
Nampak muka ada senyum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.041456 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list