|
Kuantan: Seorang warga emas kerugian RM205,990 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, wanita berusia 70 tahun dari Temerloh itu tertarik menyertai skim pelaburan terbabit pada 13 Mac lalu.
Katanya, mangsa membuka akaun permulaan berjumlah RM2,000 dengan menyertai pelaburan saham terbabit bermula dari 17 April hingga 21 April lalu.
"Siasatan mendapati sebanyak 11 transaksi dibuat ke akaun berbeza yang menyebabkan mangsa mengalami kerugian berjumlah RM205,990.
"Sumber kewangan terbabit adalah wang simpanan peninggalan mendiang suaminya.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber: Harian Metro |
|