View: 353|Reply: 2
|
Padah Paksa Pekerja 'Dating'
[Copy link]
|
|
Seoul: Seorang ketua jabatan di sebuah syarikat besar di Korea Selatan yang mengesyorkan pekerja bawahannya berdating dengan rakan sekerja didapati bersalah atas gangguan seksual.
Keputusan Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengekalkan keputusan mahkamah rendah yang memerintahkan ketua jabatan itu membayar tiga juta won (RM10,064.31) kepada mangsa.
Mahkamah rayuan juga mendapati ketua jabatan itu bersalah kerana menggunakan bahasa tidak sesuai yang menyebabkan wanita itu terhina secara seksual sekali gus melanggar Akta Pekerjaan Sama Rata.
"Memandangkan situasi perbualan itu tidak dibuat dalam hubungan yang sama rata dan pekerja lain turut ada pada masa itu, boleh diandaikan plaintif pasti berasa terhina secara seksual.
"Kata-kata defendan boleh dianggap plaintif sebagai gangguan seksual," menurut mahkamah.
Ketua jabatan itu mendakwa, kenyataan itu hanyalah gurauan mengenai rakan sekerja bujang lama itu dan bukannya luahan seksual, namun mahkamah menolaknya.
"Menurut Akta Pekerjaan Sama Rata, penghinaan atau penolakan seksual juga ditakrifkan sebagai contoh kriteria penghakiman gangguan seksual," kata mahkamah.
Insiden itu berlaku pada 2021, ketika pekerja wanita itu makan tengah hari bersama tiga orang atasannya termasuk ketua jabatan.
Semasa dia memberitahu tempat tinggalnya kepada mereka, ketua jabatan itu mencadangkan dia bertemu dengan seorang lelaki bujang dari jabatan lain syarikat itu yang 20 tahun lebih tua daripadanya.
Katanya, pekerja wanita dan lelaki itu akan menjadi baik kerana mereka berkongsi kegemaran makanan sama iaitu ayam.
Wanita itu dikatakan menolak tawaran itu, namun ketuanya itu terus mendesak dengan berkata bahawa lelaki itu "seorang yang berduit".
Apabila berita mengenai situasi itu tersebar dalam syarikat, pihak pengurusan memisahkan kedua-duanya dan meletakkan ketua jabatan itu dalam percubaan selama tiga hari.
Pekerja wanita itu kemudian memfailkan saman pampasan untuk ganti rugi terhadap ketuanya, malah dia perlu menerima rawatan psikiatri dan mengambil cuti.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti laki tu bkn taste dia. I feel u. Tp kdg2 bkn sbb org luar tu xde ciri2 kita nk. Tp mmg personal feeling xnk kawin, ko bg la hensem/lawa/berduit cmne pun org tu, mmg ada paranoid nk kawin. Mungkin mls nk bg komitmen jaga anak/mertua, so biarla menyendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh punya bos sebab duit paksa orang dating dengan antertu... Antertu pula species sex maniac |
|
|
|
|
|
|
| |
|