View: 250|Reply: 1
|
2023 Mungkin Tahun Paling Panas
[Copy link]
|
|
Bangkok: Asia terus diancam dengan gelombang haba selari dengan ramalan saintis iklim mengenai 2023 mungkin menjadi tahun paling panas di dunia.
Bloomberg melaporkan, menjelang musim panas Hemisfera Utara, corak cuaca El Nino yang muncul mendorong suhu ke paras yang tidak pernah berlaku sebelum ini di bahagian selatan benua itu.
El Nino dicirikan daripada suhu lautan yang lebih panas merentasi Lautan Pasifik mempunyai kesan yang meluas terhadap corak cuaca di seluruh dunia.
Pekerja mengalihkan bongkah ais di tempat simpanan di sebuah pasar di Bangkok.
Ia memberikan kelegaan kepada kawasan kering kemarau di Argentina dan selatan Amerika Syarikat, namun memberi kesan di bahagian Asia dan Australia dengan keadaan lebih panas dan kering.
Vietnam melaporkan suhu tertingginya dengan 44.2 darjah Celsius pada hujung minggu, manakala Laos juga berkemungkinan memecahkan rekod suhu harian paling panas.
Filipina pula terpaksa memendekkan tempoh belajar di dalam bilik darjah selepas indeks haba mencapai zon bahaya, mencerminkan gabungan haba dan kelembapan yang boleh membawa maut.
Suhu di Thailand kekal melebihi 40 Celsius di kebanyakan wilayah utara dan tengah sepanjang minggu lalu.
Sekumpulan perniagaan dan bank meminta kerajaan menyediakan pelan tindakan untuk menangani potensi kemarau yang mereka katakan mungkin berlarutan hingga tiga tahun.
Taburan hujan di Malaysia mungkin sebanyak 40 peratus lebih rendah di beberapa kawasan yang boleh meletakkan pengeluaran minyak sawit berisiko di salah satu pengeluar terbesar dunia bagi komoditi itu.
Pihak berkuasa memantau teliti risiko kebakaran hutan dan pencemaran udara.
Peristiwa El Nino pada tahun 2015 menyebabkan episod jerebu teruk sekali gus menjadi salah satu bencana alam sekitar terburuk di Asia Tenggara.
Di tempat lain di Asia, suhu terik di bahagian China, India dan Bangladesh, direkodkan sejak beberapa minggu lalu.
Wilayah Yunnan, hab aluminium utama di barat daya China dilaporkan mengalami kemarau terburuk dalam tempoh sedekad, pada April lalu.
India pula dalam keadaan berjaga-jaga berikutan suhu yang meningkat April lalu menyaksikan penutupan sekolah di beberapa negeri dan menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang maut akibat strok haba selepas menghadiri satu acara.
Keadaan terik sedang menguji keupayaan kerajaan untuk melindungi kesihatan awam serta mencegah gangguan besar terhadap pertanian dan penjanaan kuasa dalam ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya akibat Covid-19.
Sementara itu, tanaman seperti kopi, gula, kelapa sawit dan koko akan berisiko terdedah dengan ancaman.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat pembenihan awan hujan pun x boleh.. Langit so blue..tiada awan putih.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|