CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Keputusan Benar Pelarian Bekerja Harus Berdasarkan Data KDN

[Copy link]
Post time 9-5-2023 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Sebarang keputusan bagi membenarkan pelarian diambil bekerja dalam mana-mana sektor pekerjaan haruslah berdasarkan data oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, susulan keputusan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dan mesyuarat Kabinet baru-baru ini, KDN kini dalam usaha mengumpul data berkaitan pelarian misalnya jantina, umur dan negara asal mereka.


"KDN diberikan tanggungjawab untuk mendaftar pelarian dan mereka diberikan kad pelarian (dokumen pendaftaran pelarian).


Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail




"Sebelum ini, inisiatif kerajaan adalah melantik pihak ketiga (projek Sistem Pengesan Maklumat Pelarian - TRIS) yang mana mereka hanya dapat mendaftar kira-kira 30,000 saja berbanding data yang diperoleh daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) (185,000 orang)," katanya.


Saifuddin Nasution berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Aidilfitri Maritim Malaysia di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, di sini, hari ini.


Beliau berkata, Jabatan Imigresen diberi tanggungjawab untuk mendaftar golongan pelarian ini dan apabila telah didaftarkan, kementerian boleh membantu untuk mencarikan mereka pekerjaan.


"… daripada mereka yang cari kerja, kita boleh bantu carikan bergantung kepada dasar dan keputusan kerajaan. Kita belum lagi ke arah itu, apa yang penting adalah data," katanya.


Sementara itu, mengulas mengenai isu penempatan pelarian di Pulau Pinang baru-baru ini, beliau berkata, mana-mana pihak tidak boleh bertindak atas undang-undang sendiri dan hanya agensi penguat kuasa dibenarkan mengambil tindakan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.


"Usaha yang sedang dibuat untuk mengurus mendaftarkan data sebenar pelarian untuk kerajaan, boleh digunakan untuk susun langkah-langkah ke depan dan kerjasama dengan UNCHR untuk perkongsian data supaya kerjasama ini boleh bantu mempercepatkan lagi perancangan terhadap pelarian.


"Jika tidak, kita membiarkan pelbagai isu timbul, sentimen tempatan membengkak. Sekarang mungkin perkara kecil tetapi ia tidak boleh dibiarkan, tidak boleh dipandang enteng," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.108283 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list