View: 664|Reply: 12
|
Mengapa Malaysia Bimbang Benarkan Kanabis Untuk Perubatan - Bekas Ketua Hakim Negara
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi mempersoalkan mengapa Malaysia terlalu bimbang untuk membenarkan kanabis untuk tujuan perubatan termasuk penggunaan cannabidiol atau CBD bagi tujuan rawatan di negara ini.
Katanya, morfin, heroin, dan codeine mempunyai kesan kimia yang lebih kuat berbanding kanabis, namun undang-undang membenarkan semua ubat berkenaan digunakan berdasarkan preskripsi atau arahan doktor.
"Mengapa takut, itu soalan yang susah bagi saya nak jawab. Saya tengok dengan mata kepala sendiri anak kawan saya apabila dia kena penyakit sawan tarik (epilepsi), ibu dia bagi CBD, dalam tempoh 10 saat lega. Terbukti (berkesan).
"Apa saya minta daripada kerajaan, bukannya nak menghalalkan penggunaan di seluruh negara dengan begitu sahaja. Misalannya menentukan satu hospital yang doktor di unit tertentu hospital itu boleh mengeluarkan preskripsi untuk mana-mana pesakit menggunakan CBD. Itu sahaja buat permulaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program perbincangan kerumitan dari sudut undang-undang berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok atau dikenali sebagai Dasar Generasi Penamat (GEG) yang dianjurkan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI), di sini, hari ini.
Azmi berkata, penggunaan CBD adalah baik untuk kesihatan, ia berbeza dengan penggunaan tembakau yang tidak baik untuk kesihatan.
"Sekarang ini pegang CBD pun haram boleh masuk jel (penjara). Walhal kita lintas sempadan utara (ke Thailand yang membenarkan penggunaan kanabis) tiada masalah.
"Saya pergi England, (orang ramai) pergi beli (kanabis) macam beli lipstik, macam orang beli minuman ringan tak ada masalah pun," katanya.
Mengenai cadangan membenarkan hospital tertentu mengeluarkan preskripsi untuk penggunaan CBD, beliau berkata, selepas projek pilot hospital itu dimulakan dan terbukti ada keberkesanan dalam tujuan perawatan, maka ia boleh diperluaskan lagi kepada doktor dan hospital lain.
Sementara itu, semua yang terbabit dalam perbincangan RUU Kawalan Tembakau dan Merokok atau GEG hari ini merumuskan bahawa kerajaan perlu melakukan sesi libat urus dengan semua pihak berkaitan termasuk rakyat, pihak industri, pengamal undang-undang dan sebagainya sebelum melaksanakannya.
Ini kerana, kata mereka, kerajaan seperti tiba-tiba mengeluarkan RUU yang melarang penggunaan tembakau tanpa memberi peluang kepada orang ramai dan pihak berkaitan memberikan pandangan yang mengundang kelemahan, termasuk isu diskriminasi serta soal sama ada undang-undang itu bercanggah dengan hak kebebasan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
sbb kanabis bole cure kanser |
|
|
|
|
|
|
|
maybe boleh tengok kesannya kat negara jiran sawadikaap |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai jugak kan yg tertunggu2 bila nak halalkan penggunaan CBD iol tu.
Kalau x silap, masa KJ jadi menteri kesihatan dulu ada kan dia kata nak kaji ke nak luluskan kan. |
|
|
|
|
|
|
|
iman_kasih: Ramai jugak kan yg tertunggu2 ...
Ketum pun tak elok inikan kanabis wpun dua dua benda ini elok..tak Tau laa. Cuma Salah guna tak elok laa |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya kepala tokan dan minions tu nak syer dorang masing2.. tu jek.. so cuba open table berapa % masing mau.. setel... |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakan yang beriya2 push for medical marijuana ni kaki tarik dam yang tak sakit apa pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku baca haritu, kat thai tu, most seller ni link dengan russian mafia
so in a way ko menyumbang dekat mafia ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Cannabidiol (CBD) is an active ingredient in cannabis that is derived from the hemp plant, but it does not cause a high and is not addictive |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg cannabis ni bagus tapi masalah nya dia bawak lbh byk problems. Mula2 try yg 1 dah rasa biasa..dia makin advance2 kan pulak.
It happened to my friend penyokong tegar adik bradik cannabis ni yg konon2 nya utk perubatan. One day dia sendiri salah guna sampai high teruk. Tu dlm pada x legal..kalau legal..nak brapa byk org Kita tgk terbaring atas jalan sbb high cannabis.
Kt siam pun diorg dah stress pasal legalise benda ni. Klau siam nak terus kan it’s okay bia lah deme. Tapi msia ni x payah lah..menambahkan mslh yg ada
https://asia.nikkei.com/Politics/Cannabis-addictions-surge-in-Thailand-after-decriminalization
https://www.voanews.com/amp/thailand-s-legalization-of-cannabis-sparks-health-concerns-confusion/6627940.html
Plg2 iolls sokong psl cannabis utk perubatan..cuma legal kt hospital or clinic..tu pun doctor yg pantau time consume. tak bleh la bawak cbd oil balik rumah |
|
|
|
|
|
|
|
bile isap ganja... semua masalah.. semua penyakit pun hilang.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|