CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 0

Sindiket Jual Kasut Tiruan Bernilai RM800,000 Tumpas

[Copy link]
Post time 8-5-2023 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Klang: Ribuan kasut pelbagai jenama terkenal tiruan yang dianggarkan bernilai RM800,000 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menerusi serbuan di sebuah stor di Taman Sejati dekat sini, hari ini.


Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Selangor, Mohd Khairi Jamaludin berkata menerusi serbuan pada jam 1 petang itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun dipercayai penjaga stor berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut.


Beliau berkata, kasut yang diimport dari luar negara itu dipercayai disimpan di stor rumah kedai berkenaan sebelum dijual sindiket menerusi media sosial.


Penguatkuasa KPDN Selangor, melakukan pemeriksaan pelbagai kasut jenama tiruan ketika operasi serbuan melibatkan harta intelek di sebuah premis rumah kedai di Klang.




"Operasi ini dilakukan hasil risikan KPDN Selangor selama sebulan menerusi aduan awam mengenai aktiviti mencurigakan tersebut.


"emeriksaan lanjut ke dalam premis menemui sekitar 4,000 kasut tiruan pelbagai jenama yang melanggari peruntukan Akta Cap Dagangan 2019 yang dianggarkan bernilai RM800,000," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan itu.


Beliau berkata, serbuan itu membabitkan nilai rampasan kedua terbesar pihaknya tahun ini.


Jelasnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu barang cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah.


"Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 bagi setiap barangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk individu manakala syarikat boleh didenda RM15,000 bagi setiap barangan,"ujarnya.


Mengulas lanjut, Mohd Khairi berkata, semua kasut berkenaan dipercayai dijual dengan harga antara RM180 hingga RM400 sepasang di seluruh negara.


"Siasatan lanjut akan dijalankan secara menyeluruh termasuk pemilik premis yang menyewakan premis mereka kepada sindiket ini.


"Selain itu, kita juga akan menyiasat sama ada sindiket mempunyai rangkaian lain," katanya.


Beliau berkata, semua rampasan dibawa ke Stor Eksibit KPDN Selangor bagi tindakan lanjut," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.029124 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list