View: 3178|Reply: 22
|
Beego Nafi Ada Penyondol, Cuma Tiada Persefahaman Dan Komunikasi "Banyak Memndam Rasa Tak Senang Selama 10 Tahun Kahwin"
[Copy link]
|
|
Beego, 43,kata tak semua pasangan berkahwin berhadapan masalah hingga ke mahkamah gagal menyelamatkan semula rumah tangga yang pernah dibina walaupun sudah bercerai ketika itu.
Beego faham tidak semua pasangan yang datang ke mahkamah dapat berbaik semula dan bersyukur dirinya dan isteri juga pelakon, Linda Hashim, 39, masih diberi jodoh panjang lagi oleh Allah.
Foto: IG
"Alhamdulillah, kami antara pasangan yang pergi ke mahkamah dan dapat berbaik lagi. Saya akui memang ada lafaz (cerai), tetapi kami dapat disatukan semula dan ini semua Allah punya kuasa dan doa keluarga.
"Saya juga mengharapkan sekiranya pasangan yang sekarang ini banyaklah terkait dengan masalah rumah tangga, cuba selesaikan dan berbaik-baik serta berdoa.
"Mungkin, kalau ada orang ketiga pun, kalian boleh hidup gembira bersama. Cuba doa yang baik-baiklah. Tapi, saya tak mengharapkan perkara itu (orang ketiga) untuk diri saya," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya dakwaan mengatakan Beego sering menerima kiriman mesej daripada seseorang, katanya masalah rumah tangga dengan isteri, Linda memang tiada langsung berkait kehadiran wanita lain.
"unca hubungan saya dan isteri bermasalah sebelum ini adalah tiada persefahaman dan komunikasi. Antara kami banyak memendam rasa perkara kurang disenangi selama hampir 10 tahun berkahwin dan tidak pernah meluahkannya.
"Lama-kelamaan, rasa dipendam ini terbuku di hati dan amat menyakitkan. Namun, cubalah cari jalan penyelesaian positif dan profesional kerana sudah mengenali hati budi.
"Usaha dan cuba selamatkan dahulu," katanya kepada Berita Harian.
Beego berkata, insya-Allah kalau ada jalan penyelesaian mesti dapat keputusan positif, tetapi kalau tiada sekurang-kurangnya sudah usaha dan cuba sebagaimana yang kami lakukan apabila masalah dihadapi berakhir ke mahkamah juga sebelum ini.
Terdahulu, Beego dan Linda mengesahkan pernah bercerai talak satu pada 27 Mac lalu, namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April lalu.
Malah, mereka ditemui ketika hadir bersama di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak yang dibuat Linda sebelum ini kerana sudah rujuk semula.
Beego dan Linda berkahwin pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.
Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang pelakon wanita turut berdepan masalah rumah tangga dan secara diam-diam hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 18 April lalu bagi menyelesaikan masalah rumah tangga dengan suaminya.
Teka-teki terjawab apabila pelakon wanita dimaksudkan itu adalah Linda dan suaminya, Beego.
Pasangan ini bagaimanapun bertindak matang dan mengambil pendekatan bijak apabila tidak membuat sebarang perkongsian masalah rumah tangga mereka di media sosial. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhmdulillah.. kdg tu la.. kaunseling elok jadinya..
Actually kn.. dorg bdua nie sumber pendapatan apa ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
babelina replied at 8-5-2023 05:59 PM
Alhmdulillah.. kdg tu la.. kaunseling elok jadinya..
Actually kn.. dorg bdua nie sumber pendapatan a ...
Tgk si beego tu kuat menepel dgn ahli politik juga
|
|
|
|
|
|
|
|
Terror tul forumer Cari teka. Tp da rujuk...katanya |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
hebat kan yg teka aritu
terbaikk la acik porem |
|
|
|
|
|
|
|
Beego ni keje apa sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
Kemain nama anak...adeh tersipu sipu anak kat school nanti bila cikgu pgil nama |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Mudah2an masing2 lebih menghargai satu sama lain |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya terus je diam2 biar takde sapa tau. Cerai diam, rujuk pun diam
Yg wartawan sibuk nk siasat dah kenapa?
Patutnya hat cerai rujuk masa iddah ni cukup ada direkodkan kat mahkamah je tak perlu media n netizen tau.
Mula la timbul spekulasi sana sini. Biarkan jela dorang setel sendiri masalah dorang tu.
Time dorang senang dan jemput kita makan2 kita muncul laa time depa dilanda masalah jgn kita menyibuk melainkan depa minta tolong.
|
|
|
|
|
|
|
|
masa dia kawin ngan linda, dia dah duda jugak tapi tak sure ada anak ke tak.
nasib baik linda setuju rujuk semula. |
|
|
|
|
|
|
|
kaedahnya replied at 8-5-2023 09:34 PM
masa dia kawin ngan linda, dia dah duda jugak tapi tak sure ada anak ke tak.
nasib baik linda setuju ...
Duda x de anak..kan kawin sekejap je kn? 4 bln ke brapa |
|
|
|
|
|
|
|
Zamarul Hisham dgn Diana rafar dlu pun cerai tp last kwen balik ....dh cerai bru tau rupanya x bleh kehilangan ...linda rafar dgn syed pun bercerai tp rujuk .... Hattan dgn bini dia lagi lah bercerai lama kot x silap 10 tahun gak cerai last kwen balik ..... Sapa lagi cerai rujuk n kwen balik hahahaha meh kita susun |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus Linda ni tak meroyan |
|
|
|
|
|
|
|
Hensem beego ni dudlu2 pernah jumpa
Putih sangatt |
|
|
|
|
|
|
|
sikap lelaki berat mulut kadang mengundang jugak. kalau bercakap erm erm je. isteri pendam jela nak ckp banyak kali malas dah. |
|
|
|
|
|
|
|
baju versace tu |
|
|
|
|
|
|
|
Beego dan jimi Shanley antara yg kawen sekejap berapa bulan je pastu cerai.. ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
kewangan dan komunikasi...dua perkara yg penting dlm rumahtangga |
|
|
|
|
|
|
|
Byk memendam rasa tu maybe sebb duit la kan...yela..linda ni cantik kot..maybe dia tgok kawan2 geng2 dia mse jadinartia dulu hidup mewah..tapi dia...ermm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tok Tan ni yg iolss ingat, lepas dia cerai dgn Ariani, dia kawin dengan businesswomen mana ntah. tapi macam ada kes jugak. pastu cerai.
lamaaa pastu dia kawin balik dengan Ariani ni. Macam dorang kawin masa bulan puasa. Melodi ada call dia (saje je)tanya. Kawin dengan siapa. pastu dia cakap. dengan siapa lagi, dengan ariani la...happy je la suara dia masa tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|