CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2551|Reply: 20

Jadi Pengacara Big Stage Musim 5- Rina Rose Gementar Dan Bingung, Susah 'Tangkap' Apa Elly Mazlein Cakap

[Copy link]
Post time 8-5-2023 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Rina Nose dam Elly Mazlein serasi sebagai hos dalam program Big Stage musim kelima (BS5)


Rina kata mereka mempunyai pendapat dan pemikiran yang sama, sekali gus memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan baik.




Foto:mstar




"Secara peribadi apa yang saya lihat kami banyak persamaan kerana setiap kali melontarkan pandangan dalam pekerjaan, kami mempunyai pendapat dan cara fikir yang sama.


"Jadi mungkin disebabkan itu kami mudah untuk mencipta chemistry yang baik sebagai hos dalam program musim ini," katanya kepada mStar.


Bagaimanapun Rina mengakui masih lagi kekok mengacarakan minggu pertama BS5 disebabkan perbezaan bahasa yang menjadi kekangan.


  



Kata Rina, ini merupakan pengalaman pertamanya menjadi hos dalam program televisyen di Malaysia, namun menganggap ia adalah satu cabaran dan tanggungjawab yang perlu digalas.


"ertama kali mengacara di sini saya masih gementar, bingung, masih kekok dengan bahasanya. Kadang saya bercakap agak sedikit cepat dan saya sukar untuk ‘tangkap’ apa yang Kak Lina cakap.


"Ini pengalaman baharu, saya mahu cuba di luar Indonesia kerana saya biasa lihat penyanyi Indonesia banyak juga di Malaysia, tetapi untuk hos yang memerlukan banyak bercakap, saya ambil ini sebagai satu cabaran," ujarnya.




  



Sementara itu, Rina meluahkan rasa syukur dengan respon peminat yang diterima, khususnya penonton di MBSA yang memberikan sorakan gemuruh sepanjang mereka menggendalikan program realiti berkenaan.


Bagaimanapun, dia akur dengan penerimaan sesetengah individu yang memberikan respon negatif terhadap pengacaraan mereka.




  



"Kalau respon penonton di studio nampaknya begitu meriah, tapi respon di media sosial seperti biasa ada yang kontra, ada yang suka ada yang tidak.


"Tapi itu perkara biasa kan, ada yang suka dan ada yang tidak. Ada bagus, ada jelik, semuanya normal dan bukan satu masalah buat saya," katanya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2023 04:16 PM | Show all posts
rina nose ni comel...
heyyy.... apa khabarrrr
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suka je dia ni mc semalam
best je. seshuwai dgn kak pom.pom i like
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
lagipun penggunaan bahasa kak lina kan sejenis bahasa getis menggeletis kadang bahasa bahasa nyah mekap retis

haruslah lebih susah nak tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 04:36 PM | Show all posts
sblm live tu patutnya bnykkn prektis
ni mcm x btl2 ready

lg 1 cukup x berkenan hos pun sibuk nk nyanyi lagu peserta
yes x nafi suara dia quite sedap
ni hampir setiap peserta dia nk nyanyi jgk
especially lagu asal sana

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tadi tgk big stage.. penyanyi mmg aku tak kenal, tapi ada few yg nyanyi lagu OST..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2023 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols dgn tok laki belandanya berbeza bahasa mcm kekangan gakla. Tok laki cakap english. Sheols tak tau reti english ke tak. Tok laki tgh slow2 pick up bahasa indon kot.


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Agama dia masih jadi tanda tanya lagi.
Berapa lah astro bayar dia. Mesti lagi tinggi dari kak lina.
Bayaran kak lina mesti lagi tinggi dari alif dan sherry.
Aatro sanggup berabih sbb nak rating tinggi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2023 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 8-5-2023 07:29 PM
Agama dia masih jadi tanda tanya lagi.
Berapa lah astro bayar dia. Mesti lagi tinggi dari kak lina.
...

Iols try google. Dia kata ada akad nikah.
Tapi deyols kawin kat belanda sana.
Entahlah dia ni.


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 08:04 PM | Show all posts
who is yuhhh...
ok ke tidak sheols mengacara???

kaka tak tengok sebab jantan sabut nyoq keje mencapub yang taja...
baik tengok animal planet...

plus yang herlok kalini tak ramai... nak tengok sebab herlok jah...
sebab yang nyanyi sedap pun hujung2 menang kemudian sendu jua...
takde seko pun yang jadi popular...

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 8-5-2023 07:36 PM
Iols try google. Dia kata ada akad nikah.
Tapi deyols kawin kat belanda sana.
Entahlah dia ni.

Orang indon sendiri yg speku dia nikah di gereja. Banyak kat youtube.
Tapi dia mendunia lepas kawin dan tak bertudung.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 8-5-2023 08:16 PM
Orang indon sendiri yg speku dia nikah di gereja. Banyak kat youtube.
Tapi dia mendunia lepas kawi ...

Ig q&a org tanya agama apa? Dia jawab main2. Dia kata sembah apa tah.

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 09:08 PM | Show all posts
kalau kak lina pompom boleh blend-in dgn rina ni.. confirm meletop kat indonesia sana... follower IG si rina ni 27juta orang
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana tahu lepas ni lina kepom pulak jadi host Dangdut Asia. Ganti host membosankan si uyana tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 10:46 AM | Show all posts
jemputan ke tetap

aku tak faham na kenapa nak amek hos indon

hos malaysia ni belambak je ada lagi

bukan boleh jual pun cerita ni kat indon, astro pun takde kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dia pakai baju biru, sama dengan pentas? Warna baju kakLina elok je menyerlah atas pentas tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2023 03:12 PM | Show all posts
Big Stage ni dari dulu smp skrg konsepnya sama ke? Meols x pernah hingin nak tengok
Tetiba hari tu Ai tertekan channel 104 tu, masa tu ada Big Stage belakang tabir gitu lah
Dah macam konsep AF pulak meols tengok
Dok satu rumah, makan sama2, ada aktvt sama2
Ada pulak robot yg bercakap2 dlm rumah tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 07:22 AM | Show all posts
i akui..i memang salah seorang peminat rina ni dari dulu lagi..dari zaman dia jadi sinden dalam opera van java..dia sangat kelakar sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 07:27 AM | Show all posts
ni acara nk mnambahkan gosipan kah?
selalunya xde kualiti kheunn
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 9-5-2023 09:46 AM
jemputan ke tetap

aku tak faham na kenapa nak amek hos indon

Benar. Dahlah suka ambil juri indon.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.053485 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list