View: 4657|Reply: 33
|
Soo Wincci Bukan Lagi Pensyarah UiTM
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur : Artis serba boleh, Dr Soo Wincci, 38, memaklumkan dia sudah menamatkan khidmat sebagai pensyarah serta pengkaji kedoktoran di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak 1 April lalu.
Wincci berkata, dia tidak 'cukup tangan' mengendali pelbagai agenda industri kreatif tempatan yang menjadi keutamaannya sekarang sehingga terpaksa melepaskan jawatan itu.
"Genap satu tahun berkhidmat di sana, saya memutuskan untuk berhenti. Satu keputusan yang agak berat kerana tinggi harapan saya mahu berbakti sebagai ahli akademik berhubung industri seni kreatif kita.
"Bagaimanapun, kekangan masa serta tawaran melimpah untuk kerjaya peribadi menjadi faktor saya berbuat demikian. Banyak perkara membuka mata serta saya pelajari sepanjang berkhidmat di sana," katanya.
Memandangkan Wincci menguruskan sendiri kerjaya seninya, dia memilih untuk mencari rezeki dengan memanfaatkan kepakarannya dalam memajukan industri hiburan terutamanya.
"Antara tawaran penting yang saya dapat termasuk menjadi perunding industri, penasihat produksi serta bahagian korporat. Lagipun, saya percaya kepakaran yang saya ada jauh lebih diperlukan dalam industri sekarang," katanya.
Memandangkan Wincci menguruskan sendiri kerjaya seninya, dia memilih untuk mencari rezeki dengan memanfaatkan kepakarannya dalam memajukan industri hiburan terutamanya.
"Antara tawaran penting yang saya dapat termasuk menjadi perunding industri, penasihat produksi serta bahagian korporat. Lagipun, saya percaya kepakaran yang saya ada jauh lebih diperlukan dalam industri sekarang," katanya.
Namun, Wincci sentiasa terbuka untuk memberi khidmat secara percuma kepada bekas pelajarnya yang ingin mendapatkan ilmu daripadanya.
"Saya memang berat hati tinggalkan mereka tapi sedia mengajar secara percuma jika mereka perlukan khidmat saya. Bagi saya, ilmu dalam industri sebenar paling penting untuk mereka timba," katanya.
Wincci juga sebenarnya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti tempatan dan luar negara.
"Saya sedang mempertimbangkan tawaran yang memberikan kelonggaran bersesuaian terhadap waktu bekerja saya. Ini kerana, selepas ini saya banyak ulang alik ke luar negara juga," katanya.
Wincci memulakan khidmatnya sebagai Profesor Madya di UiTM sejak 1 April tahun lalu.
Terdahulu, dia mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR), selepas dilantik Profesor Madya dalam bidang muzik dan menjadi Miss World Malaysia pertama mendapat pengiktirafan itu.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik Dan pandai.. itu cita cita aku masa kejar duniaa . |
|
|
|
|
|
|
|
Sygnye..dah gaji tetap pergi resign lak.aku mohon2 lecturer susah nk dpt sebab master holder je |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sapa2 boleh verify yg mmg dia sendiri resign? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah tamat kontrak oklah.. Kot yearly contract ke.. Memang stop unless dpt renew. Tak rasa masuk as permenant. |
|
|
|
|
|
|
|
Piramida replied at 6-5-2023 06:48 PM
Kalau dah tamat kontrak oklah.. Kot yearly contract ke.. Memang stop unless dpt renew. Tak rasa masu ...
rasanya kontrak je…Yusry pun penah jadi lecturer kontrak kan? |
|
|
|
|
|
|
|
aemon replied at 6-5-2023 06:33 PM
Sygnye..dah gaji tetap pergi resign lak.aku mohon2 lecturer susah nk dpt sebab master holder je
Rsnya bkn tetap tu, by contract jer |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni semuanya kontrak.. tak ada pun yang offer tetap kan.. tapi, pada iolss eloklah sheolss fokus pada satu benda jer.. sbbnya dah jadi dpn mata sendiri bila rakan skerja tak utamakan kerja hakiki sbg pensyarah dan lbh utamakan kerja yg lain.. rasa tak blh buat elok berhenti jer sbnrnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
aemon replied at 6-5-2023 06:33 PM
Sygnye..dah gaji tetap pergi resign lak.aku mohon2 lecturer susah nk dpt sebab master holder je
Ipta memang nak phd holder ja, ipts masih hire master holder |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah...jadi pensyarah KPI mcm²..tapi gaji x tinggi mana pun. Lebih baik so wincci masuk industri dgn offer kepakaran beliau. All the best, Dr! |
|
|
|
|
|
|
|
tp apa kepakaran dia dlm industri seni kreatif malaysia yg tak seberapa neh?? |
|
|
|
|
|
|
|
tak silap kat UPSI diorang nak lepasan master. Sama jugak uni engineering macam Unimap tak silap. Yang upsi tu kawan iols yang bagitau, cuma tak pasti kos apa. Heshe cikgu phd. Terus tangga gaji lompat 52 uols. ke 48 gitula.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakej beauty with brain. All the best dr soo wincci! |
|
|
|
|
|
|
|
aleesyasofia replied at 6-5-2023 07:59 PM
Sekarang ni semuanya kontrak.. tak ada pun yang offer tetap kan.. tapi, pada iolss eloklah sheolss f ...
Ada je jawatan tetap |
|
|
|
|
|
|
|
Gaji dm54 ni plus elaun dlm 12k je tapi.mcm2 nak kn buat sekarang dan terikat..rasanya dr soo lg blh dpt byk duit dr projek freelamce dia...yg i kagum.syafinaz..gaji dm52 plus pendapatan dr jd juri lg..i believe she is millionnaire.... |
|
|
|
|
|
|
|
jas7512 replied at 6-5-2023 11:58 PM
Gaji dm54 ni plus elaun dlm 12k je tapi.mcm2 nak kn buat sekarang dan terikat..rasanya dr soo lg blh ...
Shafinaz tu lecturer tetap ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Lula2 replied at 6-5-2023 11:57 PM
Ada je jawatan tetap
Tak byk ipta yg offer tetap.. biasanya kontrak.. nk dpt tetap ntah bila boleh dpt.. |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 7-5-2023 12:41 AM
Shafinaz tu lecturer tetap ke?
Yup..tetap sbb dia keje pum dah lama..rasanya saing2 i dulu..early 2000 |
|
|
|
|
|
|
|
aleesyasofia replied at 7-5-2023 02:15 AM
Tak byk ipta yg offer tetap.. biasanya kontrak.. nk dpt tetap ntah bila boleh dpt..
Ada je tetap cuma hiring tak banyak macam dulu.. Ada la part time full time/kontrak tp yg tetap pun masih ada. Pensyarah pencen/berhenti ada warrant utk diganti |
|
|
|
|
|
|
|
Kontrak tamat kan? Dia x sambung. Biasanya mmg kena sambung tp dia pilih stop. Okayla. Fokus 1 benda ja. Bukan senang mengajar then buat kerja luar lagi.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|