View: 159|Reply: 0
|
Ancelotti anggap final terakhir
[Copy link]
|
|
ANCELOTTI mahu pemain berikan yang terbaik menjelang final. FOTO AFP
Seville: Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti memikirkan final Copa del Rey menentang Osasuna awal pagi esok mungkin menjadi yang terakhir baginya – walaupun beliau pernah berfikir perkara yang sama pada masa lalu dan sebenarnya tidak berlaku.
Pengendali kelahiran Itali berusia 63 tahun itu, yang memenangi beberapa trofi bersama Los Blancos, AC Milan, Chelsea dan pasukan lain dalam kariernya yang terkenal, mendedahkan pendekatannya menjelang final.
"Beraksi pada perlawanan akhir sentiasa mengujakan, saya sentiasa berfikir sebelum perlawanan akhir bahawa, secara peribadi, ia mungkin yang terakhir buat saya," kata Ancelotti, menjelang pertembungan di La Cartuja di Seville.
"Saya pernah berfikir seperti itu pada tahun 2003, dan ia bukan yang terakhir, dan saya fikir hari ini (esok), ia boleh menjadi yang terakhir.
"Anda perlu menikmatinya, dan saya meminta pemain untuk menikmatinya juga kerana ia adalah perlawanan istimewa."
Ancelotti menjulang Coppa Italia pertamanya sebagai jurulatih pada 2003 bersama AC Milan, seterusnya memenangi empat trofi Liga Juara-Juara dalam kerjayanya yang cemerlang di antara beberapa piala lain.
Kemenangan terakhir Real di Copa del Rey adalah di bawah kendalian Ancelotti pada 2014, apabila mereka menewaskan seteru Barcelona di final.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ggap-final-terakhir |
|
|
|
|
|
|
| |
|