CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 2

Enam Anggota Polis Direman Bantu Siasatan Kes Rasuah RM5,000

[Copy link]
Post time 6-5-2023 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Enam anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut direman sehingga 11 Mei ini, bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah berjumlah RM5,000.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Temerloh, Mohamed Shah Reza Noor Azman.






Menurut kenyataan itu kesemua mereka ditahan petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Temerloh bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.


Mereka didakwa melakukan perbuatan itu Rabu lepas, apabila dikatakan meminta suapan daripada seorang lelaki bagi menyelesaikan kes serbuan serta penemuan air ketum di rumah lelaki berkenaan.


Selain inspektor yang berumur 36 tahun, lain-lain anggota polis yang ditahan adalah mereka yang berpangkat Lans Koperal, Koperal dan Sarjan Mejar, yang berumur antara 28 dan 46 tahun, semuanya bertugas di Bahagian Narkotik IPD berkenaan.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Harapkan pagar, pagar makan padi. Hurmm...bilalah nk berubah fenomena semacam ini..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2023 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Zazama replied at 6-5-2023 10:57 PM
Harapkan pagar, pagar makan padi. Hurmm...bilalah nk berubah fenomena semacam ini..

#Pegar-sejenis burung.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.034318 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list