CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 624|Reply: 4

Datang Awal 2 Jam Pun Terlepas Flight- Pelajar Miskin Kecewa Terpaksa Beli Tiket Baharu Sarawak-KL, Habis Duit PTPTN Lebih RM1000

[Copy link]
Post time 5-5-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pelajar terpaksa membeli tiket baharu selepas terlepas penerbangan pulang dari Kuching, Sarawak ke Kuala Lumpur pada Isnin lepas.


Nurhaziq Haikal Najmie Norazi, 21, menceritakan tentang nasib malangnya apabila tersalah menunggu di balai berlepas dan dia akhirnya terlepas penerbangan pulang ke kolejnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim, Perak yang dijadualkan pada jam 3.25 petang.


“Saya tiba di lapangan terbang awal dalam dua jam. Saya check-in barang dan dapatkan boarding pass. Kemudian saya duduk di gate awal sebelum penerbangan.


“Tiba-tiba ketika beratur, mereka cakap saya terlepas penerbangan dan barisan itu adalah untuk penerbangan ke Pulau Pinang. Walaupun saya dah tunggu di gate betul mereka cakap gate sebenarnya dah bertukar.


“Kemudian, saya pergi ke imigresen untuk maklumkan saya terlepas penerbangan. Mereka pun terkejut sebab saya datang awal. Mereka sendiri cakap selalu terjadi kes seperti ini,” katanya mengimbas kembali apa yang terjadi.




Haziq dan ibu, Foto: mStar




Namun, pelajar semester dua jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani ini berkata pihak pengurusan menjelaskan apa yang berlaku merupakan salahnya sendiri.


Kejadian ini menyebabkan dia terpaksa membeli tiket baharu pada harga RM1,088 untuk menaiki penerbangan seterusnya menggunakan semua wang simpanan dan duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Menurut Haziq yang menetap di Kampung Santubong, Sarawak, tiket penerbangan asal pergi dan balik ke Upsi sebelum ini ditanggung oleh seorang pensyarah bagi membolehkan dia pulang beraya dengan keluarga.


“Saya tak beritahu ibu fasal terlepas flight tu. Cuma saya beritahu ahli keluarga lain saja. Mereka pun sedih dan risau macam mana nak cari duit tiket sebab masuk Upsi hari tu pun mak berhutang dengan orang nak tampung kos perbelanjaan saya.


“Saya bukan dari keluarga senang. Pendapatan mak pun hanya RM600 sebulan hasil duit pencen arwah ayah. Dengan duit itulah mak gunakan untuk tampung kehidupan kami dengan adik beradik masih belajar dan kakak saya yang OKU (Orang Kelainan Upaya) akibat barah otak.


“Nak tak nak terpaksa juga beli tiket sebab saya ada kelas pagi keesokan harinya. Sampai dekat Upsi ini saya kena ikat perut dan makan apa yang ada. Bagi saya ilmu lebih penting dari duit, saya tak pernah terlepas kelas walaupun sekali sebab takut ketinggalan dalam pelajaran,” katanya.


Sehingga kini, Haziq yang merupakan anak kedua daripada lima beradik memberitahu bahawa dia hanya memiliki duit poket berjumlah RM15.73.


Bagaimanapun, atas semangat mahu membanggakan keluarga, dia nekad untuk tidak berdiam diri sebaliknya mengambil inisiatif untuk berniaga demi kelangsungan hidup di negeri orang.


“Semester ni saya ada ambil subjek Budaya Keusahawanan jadi saya nak manfaatkannya dengan berniaga betul-betul untuk cari duit.


“Modal untuk berniaga saya akan pinjam daripada kawan sebagai deposit. Saya akan usaha sendiri untuk cari duit, lagipun mak tak pernah ajar untuk saya meminta-minta pada orang lain.


“Saya pun perlu jaga adik-adik yang masih belajar. Pernah dulu adik mesej minta duit nak makan. Saya dahulukan duit sendiri sebanyak RM50 walaupun ada RM60 dalam akaun. Keutamaan saya adalah lebih kepada adik-adik,” ujarnya menutup cerita. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2023 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk main phone ka dek x perasan gate change? Tanya jer
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:10 AM | Show all posts
len kali kena datang lagi awal... sbb tau benda tu mahal nak tukar2 bukan mudah kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:10 AM | Show all posts
kt boarding gate tu kena sentiada alert, kadang2 display tu tak betul

kalo boleh berborak 2 la sikit dgn orang sebelah,


ada sekali wa ikut pintu gate yg dia tulis tu, bila pergi wa tgk cam takde gaya ore klate pun, wa nak g KB

wa tanya la orang jaga pintu gate dia cakap pintu lain ( klia2 gate jauh2 tau, mujo ada masa )

smpai kat sana wa tgk ada 2 orang budak, ntah mcm mana wa tanya g kelantan ke? dia kata tak, pergi kuching, eh kuching gate lain, tak caya tanya counter tu, apa lagi , cuak gila wa tgk dia, bergegas ke pintu gate lain...

kt klia 2 je tak silap aku ada masalah ni... mgkn sebab airport besar,
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:15 AM | Show all posts
dah xde panggilan akhir syarikat penerbangan kepada penumpang ke? sllu ada je dengar pggl nama polan polan suruh  ke gate
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 1.112678 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list