CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1396|Reply: 3

Ayah dah tak sakit lagi okey – Anak Ridzuan Hashim

[Copy link]
Post time 4-5-2023 09:00 PM | Show all posts |Read mode

RAYA terakhir Diayan bersama bapanya, Ridzuan Hashim.


Ayah dah tak sakit lagi okey – Anak Ridzuan Hashim

PETALING JAYA – “Separuh nyawa saya pergi selama-lamanya.”

Demikian ungkap anak perempuan pelakon Allahyarham Ridzuan Hashim iaitu Diyana Ridzuan selepas kehilangan bapa tercintanya hari ini.

Menurut Diyana, pemergian Ridzuan ibarat membawa separuh nyawanya.

“Minta sedekahkah al-Fatihah untuk ayah saya. Ayah, ini foto terakhir kita bersama.

“Beritahu saya bagaimana untuk menjadi kuat selepas semua yang saya lakukan adalah untuk ayah. Tak kuat tetapi tak mengapa, ayah sudah tidak sakit lagi okey,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Meskipun berduka, Diyana tetap reda dengan ketentuan Ilahi yang menjemput pulang bapanya ke negeri abadi.


TANGKAP layar luahan Diyana selepas kehilangan bapa tercinta hari ini.


“Saya reda ayah tetapi di mana saya nak cari semangat untuk bekerja bersungguh-sungguh jika semuanya memang untuk ayah.

“Saya paling rapat dengan ayah. Separuh nyawa saya pergi selama-lamanya,” ujarnya.

Lebih memilukan, Diyana turut berkongsi foto raya terakhirnya bersama Ridzuan yang dirakam pada 24 April lalu.

Hari ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian Ridzuan Hashim, 62, yang dilaporkan meninggal ketika bersarapan pagi tadi di rumahnya.

Allahyarham yang cukup ikonik dengan karakter King menerusi filem KL Gangster itu berkahwin dengan Didie Alias pada 1991 namun disahkan bercerai pada 2002.

Hasil perkongsian hidupnya dengan Didie selama 11 tahun, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sepanjang karier seninya, Allahyarham pernah menjadi kegilaan ramai usai lakonan filem Hati Bukan Kristal yang melayakkan diri dijulang sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia kesembilan pada 1992. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... nak-ridzuan-hashim/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2023 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya…
Diyana anak no berapa? Bongsu ke? Ingatkan yg lelaki tu bongsu.
Arwah sakit jantung lebih kurang mcm arwah mak dan bapak mertua iols
Jenis takleh ambik air banyak2, nnt kaki bengkak.
Kena sukat minum air, tp org tua taktahan nk minum air sikit.
Dulu pak mertua selalu je tak ikut pun doc pesan minum gak mcm biasa tktahan dahaga katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2023 09:37 AM | Show all posts
Ebby Yus dedah arwah Ridzuan ada penyakit jantung


Ebby berkongsi arwah Ridzuan pernah bertanya masalah penyakit jantung dihadapi dan apa yang dilakukan, awal tahun lalu.



KUALA LUMPUR: Pelawak Ebby Yus memaklumkan rakan baiknya Allahyarham Ridzuan Hashim mempunyai penyakit jantung.

Bagaimanapun, Ebby berkata arwah tidak berkongsi lanjut mengenai penyakitnya itu.

"Arwah ada berbual dengan saya dan bertanya mengenai masalah penyakit jantung saya dan bertanya apa yang saya lakukan, kira-kira awal tahun lalu.

"Saya beritahu pergi berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan alternatif. Saya juga ada tanya sama ada dia mahu mencuba rawatan atau tidak.

"Dari situ, barulah saya tahu arwah mempunyai masalah jantung. Namun, saya tiadalah bertanya banyak.

"Ada juga rasa nak tanya perkembangannya, tetapi arwah mendiamkan diri.

"Mungkin arwah melakukan rawatan lain dan sudah okay, jadi saya pun mendiamkan diri sehingga hari ini saya dapat tahu arwah meninggal dunia," katanya kepada BH Online ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang ini.

Kata Ebby, dia menerima khabar duka itu dari pengurusnya dan terus menghubungi sahabatnya, Didie Alias.

"Saya sebenarnya dapat tahu daripada pengurus, jadi saya terus menghubungi Didie dan mengesahkan memang jenazah arwah berada di HKL.

"Secara kebetulan di rumah saya di Kampung Baru, jadi saya terus ke sini," katanya.

Kongsi Ebby, dia tidak pernah bekerjasama dengan arwah, namun mengenalinya sebagai seorang yang baik.

"Saya tak pernah bekerja dengan arwah, tetapi baik dengannya sebelum arwah bersama Didie lagi. Ini kerana abang saya bergelar model bersamanya.

"Saya mudah dengan berbual dengan arwah, boleh bergurau senda.

"Walaupun namanya terkenal dengan gelaran 'King', tetapi arwah tak ganas, orangnya cukup menyenangkan," katanya.

Terdahulu, pelakon terkenal, Ridzuan Hashim, 62, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi.

Berita pemergian pelakon yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan bekas isteri yang juga pelakon, Didie Alias menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang ini.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... da-penyakit-jantung

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 09:51 AM | Show all posts
untung nyaa arwah. even dah bercerai dengan dd anak2 semua syg sangat kat dia.. anak pon menutup aurat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.038490 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list