View: 904|Reply: 14
|
UK Dituntut Pulangkan Berlian Star Of Africa
[Copy link]
|
|
Johannesburg: Warga Afrika Selatan menggesa Britain memulangkan berlian terbesar di dunia dikenali sebagai 'Star of Africa' yang diletakkan pada cogan atau tongkat kerajaan bakal digunakan Raja Charles III pada istiadat pertabalan Sabtu ini.
Gesaan itu dibuat ketika masyarakat global hangat membincangkan isu pemulangan karya seni dan artifak yang dirompak ketika zaman penjajah.
Peguam yang juga aktivis yang mempromosi petisyen pemulangan berlian itu secara dalam talian, Mothusi Kamanga, berkata perhiasan itu perlu dipulangkan ke Afrika Selatan dan ia akan menjadi kebanggaan, warisan dan budaya negara berkenaan.
Berlian terbesar di dunia dikenali sebagai ‘Star of Africa’ yang diletakkan pada cogan atau tongkat kerajaan bakal digunakan Raja Charles III pada istiadat pertabalan Sabtu ini.
"Secara umumnya, saya berpandangan rakyat Afrika mula menyedari merdeka bukan hanya memiliki kebebasan tertentu, sebaliknya perlu meraih semula semua yang dirampas sebelum ini," katanya yang mempromosikan petisyen dalam talian dengan berjaya mengumpul 8,000 tandatangan mendesak berlian dipulangkan.
Berlian 530 karat dikenali sebagai Cullen I itu ditemui di Afrika Selatan pada 1905 dan dipersembahkan kepada Kerajaan British oleh kerajaan kolonial Afrika Selatan, yang ketika itu berada di bawah pemerintahan British.
Ia adalah potongan daripada berlian Cullinan 3,100 karat yang dilombong berhampiran Pretoria. Potongan berlian lebih kecil daripada batu sama, dikenali sebagai Cullinan II, diletakkan di Imperial State Crown yang dipakai Raja British pada majlis istiadat.
Replika keseluruhan berlian Cullinan, sebesar penumbuk lelaki, dipamerkan di Muzium Berlian Cape Town.
Sementara itu, penduduk Johannesburg, Mohamed Abdulahi, mendakwa berlian itu perlu dipulangkan kerana ia dijarah ketika British melakukan penindasan ke atas Afrika Selatan.
Istiadat pertabalan Raja Charles III dan Raja Permaisuri Britain, Camilla dijadual bermula jam 11 pagi (waktu Britain) sekali gus menjadi istiadat kedua dalam sejarah Britain yang disiarkan di televisyen.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa tajuk dengan content lain. Choiii [em:6:] |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat aku salah klik tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahahaha..sah mabuk ketum
|
|
|
|
|
|
|
|
lihat cincin berlian ku:
|
|
|
|
|
|
|
|
they wont entertain or even return it..coz they dont want to set a precedent..
silap hari bulan, British Museum tu kosong sebab semua negara tuntut balik harta depa.. |
|
|
|
|
|
|
|
soalnya... memang betul ke di rompak???
yang berlian india yang di claim di rompak tu pun hujung2 rhopernya di jual kepada british pada zaman dahulunya oleh pentukangnya...
benda yang dah di beli mana boleh di pulangkan free2...
lain la emas2 ke artifak milik firaun tu... yang tu boleh la mintak pulangkan balik... |
|
|
|
|
|
|
|
Dokumen-dokumen & artifak negara kita pun banyak je dekat UK/Britain sana hasil zaman kolonial...
Video2 lama zaman sebelum merdeka & peristiwa penting negara pun banyak kat arkib sana... but, knowing yang negara kita punya pihak berkuasa yang jaga warisan negara pun kuasekkkk nak fight....bangunan lama pun tak dikisahkan, adat & budaya pun takde identiti, so baguslah kat sana...at least terjaga lah kan..... |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias: soalnya... memang betul ke di ...
Knp baru skrg nk tuntut? India pun same. U all x takut dgn prince charleskan? Sbb tu la |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 5-5-2023 09:02 AM
Dokumen-dokumen & artifak negara kita pun banyak je dekat UK/Britain sana hasil zaman kolonial...
V ...
Aku beli Badik Melayu dari UK semasa Online Olympia Auction
Dah dapat dalam simpanan aku Badik Melayu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ye, banyak artifak dari sana pun orang persendirian beli semula, yang mana sayangkan khazanah.
Kat sini muzium yang ada pun tak jaga elok, tak ada promosi or program khusus pasal "ada apa dekat muzium"... pameran bermusim pun sendu... bangunan & rumah lama terbiar takde usaha nak save the heritage atas alasan milik waris persendirian...walhal kat negara lain even rumah tu atok nenek kau punya pun, govmnt sana willing to refurbish & baiki bagi nampak elok...bagi khidmat service.. janji waris tu nak jaga...barang barang lama jangan cakap lah.. yang mana ada pun duk terperuk dalam muzium atau dalam stor, takde nak kenal2kan kat generasi baru..
|
|
|
|
|
|
|
|
pameran muzium hantu? boleh tahan popular juga dulu kan. benda sejarah mana nak minat benda khurafat ramai nak tgk
|
|
|
|
|
|
|
|
HAHAHAHAHAHAHAH!!!! Yang bukan-bukan je eh pameran tu dulu...koleksi hantu-hantu kat Malaysia... apooo...ingat kau Jabatan Fun Fair ke..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|