CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 702|Reply: 2

Timbul Pula Konflik Penulis Syria Tulis Lirik Casablanca

[Copy link]
Post time 3-5-2023 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Mungkin ramai tidak tahu single duet dwibahasa, Arab-Melayu iaitu Casablanca ciptaan komposer  Daqmie yang didendangkan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin, liriknya dihasilkan penulis lagu dari Syria yang berpangkalan di Malaysia, Abdul Karim Al Ali serta penyanyi, Muadz Dzulkefly bersama isteri, Siti Aishah Mohd Alias.


Mendedahkan perkara itu, Justin Johari yang pernah berkhidmat sebagai Pemangku Pengurus Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) memberitahu, tindakan menghebahkan Abdul Karim sebagai penulis lirik lagu Casablanca bukan mahu mencari populariti.








"Abdul Karim tiada saluran untuk membuat pendedahan mengenai kedudukan sebenar. Mungkin disebabkan dia orang luar. Jadi, ini bukan soal mencari populariti.


"Abdul Karim fikir dirinya hanya orang luar, bukan orang Malaysia. Jadi, dia tidak diketengah sebagai penulis lagu itu.


"Justeru, Abdul Karim yang juga bekas pelajar sebuah institusi lagu asli dan tradisional Arab di Aleppo, Syria, meminta tolong saya suarakan perkara ini bagi pihaknya.


"enguasaan bahasa Melayu Abdul Karim juga kurang baik. Jadi, dia mohon saya menjadi wakil kepada pendedahan ini," katanya kepada BH Online.




Muadz (kiri) memberikan tugasan menghasilkan lirik Casablanca kepada kawan baiknya, Abdul Karim (kanan) kerana mahir dalam bahasa Arab.




Justin berkata, pada asalnya, lirik Casablanca ditulis Abdul Karim dalam bahasa Arab selepas diberi melodi ringkas daripada pasukan Daqmie kepada Muadz yang dikenali sebagai penyanyi yang fasih berbahasa Arab.


"Namun, apabila merasai lirik Bahasa Arab lebih baik ditulis individu yang mahir dan ahli dalam bidang itu, Muadz memberi tugasan itu kepada kawan baiknya, Abdul Karim dengan pengetahuan Daqmie dan Beegood Music.


"Daripada melodi ringkas yang diterima, Abdul Karim mengolah melodi berkenaan dengan lenggok Arab sehingga menjadikan ia seperti lagu baharu.


"Disebabkan itu, kita boleh dengar lenggok lagu ini lebih kepada Arab berbanding Melayu.


"Abdul Karim kemudian menulis lirik lagu ini dalam bahasa Arab. Jika anda mengikuti perkembangan lagu ini, ramai pendengar Arab memberi reaksi pelik mengapa sebutan bahasa Arab menerusi lagu ini, sempurna.


"Ini disebabkan penulis asalnya yang memang handal dalam bahasa berkenaan.


"Selepas Abdul Karim menulis lagu itu dalam bahasa Arab, ia diserah kepada Muadz untuk menterjemahkan lagu itu ke dalam bahasa Melayu. Usaha ini dibantu isterinya, Siti Aishah bagi mencantikkan lagi bahasa Melayu.


"Kemudian barulah lagu itu diserahkan kepada Daqmie dan pasukannya. Namun, pembabitan mereka dalam penulisan lirik lagu ini tidak dinyatakan," katanya.


Justin berkata, Abdul Karim sudah menjalankan tanggungjawab menulis lirik dan melodi lagu Casablanca dengan baik.


Namun, dakwa Justin, apa yang dikesali pembabitan Abdul Karim dan Muadz dalam menghasilkan lirik lagu Casablanca tidak dicerita, dihebah atau diketengahkan syarikat rakaman untuk pengetahuan ramai.


"Mungkin dalam kesibukan syarikat rakaman, Beegood Music mereka tidak dapat menerangkan dan memperbetulkan naratif sebenar lagu ini.


"Bagi Abdul Karim dan Muadz, bukanlah ini yang dimahukan ketika mereka bersetuju membantu untuk mencipta sebuah lagu unik di mana mereka beri 200 peratus usaha dan komitmen," katanya.




Justin yang juga Pemangku Pengurus MACP menghebahkan Abdul Karim sebagai penulis lirik lagu Casablanca bukan mahu mencari populariti, sebaliknya bantu mendedahkan perkara sebenar.




Bagaimanapun, Justin berkata, pihaknya tidak menafikan pembabitan Daqmie menerusi lagu berkenaan.


"Kami tidak mahu menidakkan pembabitan mana-mana pihak. Tetapi kami mahu ketengahkan perkara di mana di sebalik lagu ini, bukan hanya satu pihak.


"Sumbangan daripada kedua-dua pihak ini patut diketengahkan. Asalnya, melodi secara kasar yang diberi Daqmie kepada Muadz dan kelainan lagu itu terserlah apabila liriknya ditulis oleh Abdul Karim.


"Beberapa melodi asas diubah bagi menjadikannya lebih sesuai dengan lirik. Ini kemudian dibantu terjemah oleh Muadz serta isterinya, seterusnya diolah lagi pada bahagian Bahasa Melayu oleh Daqmie," katanya.


Semakan BH Online di YouTube mendapati nama Daqmie dari Daqmie Music Factory dan Wan Saleh sebagai penghasil melodi; Daqmie dan Abdul Karim Al Ali sebagai penulis lirik serta Amir Hufaz, Khairul, Wan Saleh dan Daqmie selaku penerbit, dinyatakan pada kredit single Casablanca.


Pada awal pelancaran lagu dan video muzik Casablanca, single ini mencipta fenomena apabila menjadi karya Malaysia pertama mengungguli carta teratas Spotify Viral 50 Global dan Spotify Viral 50 Indonesia.


Turut berada di tangga teratas di Spotify Viral 50 Malaysia, Joox Malay Hits, Carta Top 10 RIM dan 100 Top Apple Music selepas dilancarkan 4 Jun tahun lalu.


Menerusi aplikasi TikTok dan Instagram, lagu terbitan Universal Music Malaysia dan Bee GoodMedia itu mencetuskan fenomena tersendiri apabila dijadikan muzik latar bagi kebanyakan video dihasilkan pengguna laman sosial.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2023 05:45 PM | Show all posts
hahaha...begitulahhh... industri muzik genre arab nasyid nasyid pun ramai nonok nonok narsis ye macam pismidun, daqmie nama cam adik-adik ni...dan ramai lagi.. yang si kumpulan UNIk tu pun nonok kekwat ye yang si gemok hitam tu... serik meols pernah terlibat beberapa acara kerja backstage ni kalau ada kumpulan nasyid2.. semua nonok feeling ye...sombong orang tegur pun tak layan, tak nak selfie, atas stage macam imam...belakang2 nonok bertepuk tampar tgok krew jantan je.. yang baik pun ustaz fakhrul je...so soft spoken.. baik lepak ngan abang2 rockers lagi best, esp Datuk Nash...baik giler..respect semua org dia greet..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2023 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tau pun apa faedahnya??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.600259 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list