View: 2494|Reply: 37
|
Demam Tidak Berpeluh, Kekejangan Otot, Muntah, Terkencing, Terberak- Budak 12 Tahun Maut Akibat Strok Haba
[Copy link]
|
|
Kluang: Kanak-kanak lelaki 12 tahun di daerah ini meninggal dunia semalam selepas disyaki mengalami simptom strok haba.
Airiel Syahren Syahrol disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat 'septic shock secondary to meningoencephalitis' di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini kira-kira jam 7 pagi.
Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak kedua daripada empat beradik itu mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau kira-kira 10 malam Ahad lalu.
Foto: Harian Metro
Katanya, pada mulanya Airiel Syahren termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka mengalami demam biasa.
"ada malam kejadian dia mengejutkan saya dan menyuruhnya tidur di ruang tamu mungkin kerana di bilik itu sejuk.
"Selepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati dia mengalami kekejangan di ruang tamu," katanya.
Menurut Syahrol, dia menghubungi talian 999 sebelum disambungkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.
"ihak hospital ada tanya, apakah anak saya ada sawan? Lagilah saya panik, tetapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya itu, jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai.
"Dalam tempoh itu, anak saya meronta-ronta sampai terberak, terkencing dan seperti menahan kesakitan. Adiknya juga mengalami perkara sama tetapi dalam beberapa minit sahaja," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bentong di sini.
Katanya, jam 7 pagi, dia mendapat panggilan daripada petugas HEBHK supaya membeli lampin pakai buang buat anaknya namun tidak lama kemudian dia mendapat panggilan kedua yang menyuruhnya segera datang ke wad.
"Ketika meninjau di katil anak, saya terkejut kerana anak saya sedang dipam di dadanya oleh kakitangan di situ.
"Kemudian dua orang doktor memanggil saya ke bilik mereka dan menerangkan anak saya mengalami simptom strok haba hingga menyebabkan buah pinggang terjejas, X-ray dadanya berwarna putih selain terkena radang otak," katanya.
Katanya, tidak menyangka anak yang disifatkan sebagai pendiam, suka tersenyum dan ringan tulang membantu keluarga itu, pergi terlalu cepat.
"Jangan ambil mudah jika anak-anak anda mengalami demam, jangan fikir lagi soal ada duit atau tidak, segera hantar mereka mendapatkan rawatan di hospital," katanya.
Katanya, anak ketiganya, Aidil Syahren, 9, kini sudah stabil dan masih berada di wad HEBHK.
"Anak saya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong selepas Zohor," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah....
Kalau anak demam panas tolongla sapu air sentiasa atas kepala dia..
Knp bnyk sgt dah penyakit teruk2 ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tu bukan stroke haba. Kan dah tulis meningioencephalitis |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg kata budak tu mati kena bunuh , diorg on suis kat pengkalan rahsia mengaktifkan nano simkad dlm badan budak tu supaya terima maklumat untuk shudown badan.. itu kata pentaksub teori koperasi
|
|
|
|
|
|
|
|
Heat stroke pun takde sampai nak radang otak melainkan adik sudah mengambil suntikan "Ajaib" .
Takziah.
Lepas ni mesti ada kids kena lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 2-5-2023 11:47 AM
ada yg kata budak tu mati kena bunuh , diorg on suis kat pengkalan rahsia mengaktifkan nano simk ...
Hahaha.... dari geng anti vaksin ya... |
|
|
|
|
|
|
|
dah ade bukak bebenang pasal tu pun,
|
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 2-5-2023 11:47 AM
ada yg kata budak tu mati kena bunuh , diorg on suis kat pengkalan rahsia mengaktifkan nano simk ...
adeiii ape aku baca ni
scary bc keadaan adik ni. mcm baru je demam terus mcm2 jadi.
komen kat atas iols ni suntikan ajaib tu vaksin ke?
btw, salam takziah buat keluarga mangsa.
semoga adiknya cepat sembuh dan dlm keadaan baik2 saje |
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 2-5-2023 11:55 AM
dah ade bukak bebenang pasal tu pun,
Blast ke...sat nk cari...
|
|
|
|
|
|
|
|
Laknat punya wartawan...misguide kan org |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha,ramai da tahu ye dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Hello TT????
The meninges are the layers of thin tissue that cover your brain. If these tissues become infected, it's called meningitis. When your brain becomes inflamed or infected, the problem is called encephalitis. If both the meninges and the brain are infected, the condition is called meningoencephalitis. |
|
|
|
|
|
|
|
What is the cause of meningoencephalitis?
Meningoencephalitis can be caused by bacteria, viruses, fungi, and protozoan or as secondary sequel of other inflammations like AIDS. The viral or aseptic meningoencephalitis is mainly caused by enteroviruses, varicella‐zoster viruses, herpes simplex viruses, or measles viruses. |
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 2-5-2023 03:47 AM
ada yg kata budak tu mati kena bunuh , diorg on suis kat pengkalan rahsia mengaktifkan nano simk ...
Nak tau si mangsa dah vaksin atau tidak.
@blastoff |
|
|
|
|
|
|
|
Btw motif strok haba? Ni akibat kuman dah sampai otak da... |
|
|
|
|
|
|
|
bulanbulat replied at 2-5-2023 11:45 AM
Tu bukan stroke haba. Kan dah tulis meningioencephalitis
Tu la...bdk ni mcm ada underlying infection dah yg sampi ke otak....mmg akan jd gitu...diburukkan lg mungkin dgn keadaan bdn yg ada dehidrasi..seigt aku antra simptom meningitis ni demam n rs kt leher yg 'locking' gitu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
takziah
mangsa dan adik dia, serentak kena sakit yang sama, pada masa yang sama??
macam mana boleh dua2 dijangkiti sampai ke otak ni?
faktor?????? |
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 2-5-2023 01:26 PM
takziah
mangsa dan adik dia, serentak kena sakit yang sama, pada masa yang sama??
3 beranak demam, tapi yg paling teruk arwah ni. Mak dia tak de pulak ckp admitted juga just adik dia yg recovering. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu.. ramainya sakit serentak.. kesian family dia
|
|
|
|
|
|
|
|
anti vaksin bodoh lagi...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|