View: 183|Reply: 0
|
Manusia Rampas Dua Pertiga Habitat Gajah Asia
[Copy link]
|
|
San Diego, California – Satu kajian mendapati bahawa gajah di Benua Asia kehilangan hampir dua pertiga daripada habitatnya di seluruh rantau itu kesan daripada aktiviti penebangan hutan selama beratus-ratun tahun serta peningkatan penggunaan tanah untuk tujuan pertanian dan infrastruktur.
Stesen penyiaran CNN melaporkan gajah Asia yang disenaraikan sebagai terancam dan ditemui di 13 negara di benua tersebut, kehilangan lebih 64 peratus habitat. Ia bersamaan dengan 3.3 juta kilometer persegi tanah sejak tahun 1700.
Kajian penyelidik dari Universiti California yang diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports itu turut mendedahkan kehilangan habitat dalam kuantiti besar itu membawa kepada konflik konfrontasi antara gajah dan manusia.
“Kebimbangan saya adalah kita akan mencapai satu titik kritikal di mana tindakan antagonisme dan keganasan akan tercetus antara manusia dan gajah. Kita perlu meredakan keadaan ini,” kata ketua penyelidik, Profesor Shermin de Silva.
Kajian yang sama turut mendapati bahawa penurunan terbesar dalam habitat gajah berlaku di China, di mana 94 peratus daripada tanah yang sesuai telah ‘dirampas’ antara tahun 1700 hingga 2015. Ini diikuti dengan India yang kehilangan sebanyak 86 peratus habitat.
Sementara itu, lebih separuh daripada habitat sesuai untuk gajah turut terhapus di Bangladesh, Thailand, Vietnam dan kepulauan Sumatra di Indonesia.
Bhutan, Nepal dan Sri Lanka turut menyaksikan penurunan signifikan dalam statistik tersebut dengan kebanyakannya di kawasan di mana gajah masih berkeliaran hingga kini.
Menurut penyelidik, peningkatan pantas dalam kehilangan habitat gajah sejak 1700 itu berlaku sejajar dengan perluasan kawasan penjajahan oleh negara Eropah di Benua Asia.
Sepanjang tempoh itu, aktiviti pembalakan, pembinaan jalan raya, pengekstrakan sumber dan penebangan hutan telah meningkat selain aktiviti pertanian semakin banyak dilakukan di tanah-tanah yang sebelum itu didiami hidupan liar.
Hari ini, manusia memperluaskan lagi penerokaan hutan dengan aktiviti pertanian dan perlombongan serta pendudukan manusia sekali gus, membawa kepada lebih banyak insiden konfrontasi gajah dengan manusia.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
| |
|