View: 1487|Reply: 32
|
Hari Biasa Sepi, Harap Hujung Minggu Saja
[Copy link]
|
|
Kuantan: Hanya meriah pada hujung minggu, sementara hari biasa ia sunyi dan sepi seolah-olah tiada aktiviti perniagaan dijalankan.
Itu keadaan ikon pelancong terbaharu di Kuantan, Kompleks Bazar Serambi Teruntum yang terletak di kawasan Tanjung Lumpur, dekat sini.
Kompleks yang dibuka pada 2017 itu mempunyai pelbagai gerai makan dan gerai jualan produk tradisional dari Pahang dan pantai timur sepatutnya mendapat perhatian ramai pengunjung setiap masa kerana lokasinya strategik.
Namun, tinjauan Harian Metro mendapati kompleks berkenaan hanya menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu sahaja, iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Pada hari biasa, kebanyakan peniaga hanya 'meriba tangan' sambil menunggu pengunjung membeli belah di situ.
Tinjauan mendapati kompleks berkenaan mempunyai kemudahan yang baik termasuk pelbagai makan, surau dan pelbagai lagi untuk keselesaan pengunjung.
Seorang peniaga, Md Nor Rashid, 71 berkata, pelbagai langkah perlu diambil pihak berkuasa untuk memastikan kompleks berkenaan mendapat kunjungan pelancong setiap hari.
Dia yang menjual produk batik dan kesihatan berkata, bagi memastikan kelangsungan peniaga untuk terus berniaga di situ.
Katanya, peniaga berterima kasih kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) yang banyak membantu mempromosikan Serambi Teruntum.
"Begitu juga Tourism Pahang yang turut sama membawa pelancong ke sini, sekali gus membantu menjana pendapatan kepada peniaga.
"Namun, usaha lebih agresif perlu diambil untuk mempromosi kompleks ini supaya menjadi lokasi 'wajib' singgah bagi pengunjung sama ada dari luar atau dalam negeri.
"Kami golongan peniaga sangat berharap Serambi Teruntum menjadi antara destinasi pilihan utama pengunjung setibanya di Kuantan," katanya ketika ditemui di sini.
Katanya, mereka mahu kompleks itu meriah sepanjang masa dan tidak terhad kepada cuti hujung minggu, atau persekolahan sahaja.
Sementara itu, suri rumah, Habibah Muhammad Salahuddin, 54, berkata, dia berharap promosi dipertingkatkan lagi bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Serambi Teruntum.
Menurutnya, ia bagi memastikan orang ramai tak 'terlepas pandang' kewujudan kompleks yang mempunyai pelbagai produk menarik dijadikan buah tangan atau kegunaan harian.
"Bagi saya, usaha yang dilakukan kerajaan terutama MBK memang tepat pada masanya, namun promosi di di media sosial juga perlu dilakukan.
"Rata-rata masyarakat berkunjung ke satu tempat apabila tular atau ada sesuatu menarik," katanya.
Pada masa sama, Habibah berkata, peniaga juga perlu meningkatkan kualiti produk sebagai tarikan kepada pengunjung.
Katanya, jika produk yang dijual berkualiti dan mempunyai keunikan tersendiri pengunjung pasti akan ke lokasi berkenaan untuk mendapatkannya.
Kompleks Bazar Serambi Teruntum dibangunkan dengan kos RM18 juta oleh Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang menyediakan 89 unit kedai dengan lapan unit kedai makan, surau serta dataran di kawasan seluas enam hektar.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
apasal i tak tahu kewujudan tempat ni . Memang marketing fail lah ni… |
|
|
|
|
|
|
|
Aii tak suka sebab aii prefer mcm zaman dulu di Tanjung Limpu ada kedai sdn bhd meaning owner buka sendiri kedai di sepanjang jalan. So kita boleh berhenti singgah tgk barang dan tawar menawar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah kalo meriah stp weekend..sbb logik la ms weekend je org dr negeri lain akan singgah situ utk beli hasil negeri pahang
Org lokal ada ke hari2 nk ke situ
And ms wiken je ramai org akan interstate sbb nk pi kuantan tgk anak kt skolah asrama la,nk blk kampung tgk family la,nk pi cikcur ke cherating la etc etc
Ms weekdays sume bizi keje
Takdenya tourists local nk serbu hari2 |
|
|
|
|
|
|
|
Pahang takda hapa yang best selain tarikan nature. |
|
|
|
|
|
|
|
Bg aku lokasi tak strategik. Org g tg lumpur sbb nk g makan selalu nye. Local pon malas gi situ.. Baik g kuantan parade... Hahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 1-5-2023 11:31 AM
Pahang takda hapa yang best selain tarikan nature.
Nowdays byk dah tempat tarikan baru... Plus tempat makan mcm cendawan tumbuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
opie5662 replied at 1-5-2023 03:42 AM
Nowdays byk dah tempat tarikan baru... Plus tempat makan mcm cendawan tumbuh..
Waaah good for Pahang jika gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 1-5-2023 11:31 AM
Pahang takda hapa yang best selain tarikan nature.
Byk yg best. Cameron , genting, bkt tggi, gpo, teluk chempedak, cafe2 hipstur |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 1-5-2023 03:51 AM
Byk yg best. Cameron , genting, bkt tggi, gpo, teluk chempedak, cafe2 hipstur
Genting dulu busuk ja. Cameron pun biasa ja. Tapi sekarang dah 2023. Banyak dah hapgred. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib laki aku xjadi transfer kontan.
Kalo x melangut jugak aku duduk tempat xhappening.
On positive note blk umah mak dlm 30min,blk klate dh xyah tempuh gombak bentong bgai.
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu lalu sini klu ke tg Lumpur tu, tapi x pernah menyinggah, sebb x tahu ada apa dlm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tiap kali balik Kuantan, tak pernah teringin nk ke situ.. Even Teluk chempedak pon aku tak berapa nak heran, sebab dulu2 kecik2 pon menetap dekat jalan nak ke situ..
Skang klu balik, prefer duduk umah jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman skrg gaji ciput kos Sara hidup tinggi. Jd org akan stop beli brg2 yg dirasakan x penting. Kecuali ko ada bnyk duit x Tau nak spend kat mana lg blh lah. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 1-5-2023 11:31 AM
Pahang takda hapa yang best selain tarikan nature.
dan makanan diaorg sedap juga
penah aku stay kuantan, xblh aku sesak
|
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 1-5-2023 06:42 AM
dan makanan diaorg sedap juga
penah aku stay kuantan, xblh aku sesak
Dulu aku pi sana aku stay di Pos Iskandar, kampung Orang Asli dari suku Semelai. Sedap masakan meka. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh jadi hentian sebelum balik untuk beli buah tangan. Ada satu kedai souvenir situ, lain2 produk makanan |
|
|
|
|
|
|
|
Letak utc kat situ. Ramai la datang. |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 1-5-2023 12:09 PM
Nasib laki aku xjadi transfer kontan.
Kalo x melangut jugak aku duduk tempat xhappening.
On positive ...
Yang tak happening tu kat teruntum yang kena cursed tu jah sister bagi akak. Oh ya dan juga kat megamall dia tu sissy. Tapi tempat lain hokey jah bagi akak sis. Malam2 kau boleh berasmaradana kemuncak cinta dengan laki kau kat teluk cempedak sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 1-5-2023 04:01 PM
Letak utc kat situ. Ramai la datang.
Letak kedai RM2...Pasti ramai berdoyonnnn tibah |
|
|
|
|
|
|
| |
|