CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1087|Reply: 11

Wanita Terima Wang Jumlah RM670, BF 'Transfer' Duit Siap Mesej Pujuk Rayu

  [Copy link]
Post time 30-4-2023 09:23 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita yang berkongsi tangkap layar notifikasi transaksi perbankan internet beserta mesej istimewa dari teman lelakinya menarik perhatian pengguna media sosial.


Rata-rata warga maya juga tidak menyangka ruangan rujukan penerima atau 'recipient reference' untuk transaksi perbankan atas talian boleh dijadikan platform menghantar mesej.






Bercerita kepada mStar, wanita yang mahu dikenali sebagai Fyra berkata, die menyekat teman lelakinya di semua akaun media sosial gara-gara berselisih faham.


"Selalunya kalau gaduh macam mana pun dia tak pernah keluar ayat macam tu... dia minta jangan cari dan suruh buat hal masing-masing.


"Jadi saya sekat semua media sosial dan fikir memang hubungan kami dah berakhir," luahnya ketika dihubungi mStar.






Pun begitu, selang beberapa jam membuat sekatan berkenaan, Fyra dikejutkan dengan beberapa notifikasi daripada akaun Maybank2u.


"Mula-mula tak tahu lagi dia yang hantar tapi pelik duit apa yang masuk, gaji lambat lagi.


"elik tak habis lagi, masuk notifikasi Maybank2u lagi... tapi kali ini bertubi-tubi," ceritanya lanjut.


Tambahnya lagi, sebenarnya lebih banyak notifikasi daripada perbankan tersebut diterimanya namun hanya beberapa mesej itu saja yang sempat dirakam.


Melihatkan usaha yang ditunjukkan teman lelakinya itu, Fyra akhirnya terbuka hati untuk menyahsekat nombor telefon serta akaun sosial media teman lelakinya itu.






"Selepas beberapa hari, saya menyahsekat kembali tapi bukan sebab duit. Amount tu tak penting tapi effort dia yang saya tidak pernah terfikir," ujarnya.


Bercerita lanjut, Fyra berkata, sebelum pergaduhan tersebut, teman lelakinya berhasrat mengajak dia keluar.


Malah katanya, bermula daripada RM30, dia akhirnya menerima kira-kira RM670 daripada keseluruhan transaksi yang bertujuan untuk memujuk.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2023 10:39 PM | Show all posts
kalau anak teruna aku buat camni, taktau la nak lempang ke nak buat apa…
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2023 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Naikkan sampai seribu dik
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2023 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
alang2 gondol kan sajorkkk bank akaun heols
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2023 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya dapat laki cmni. Tak cerdik. Spent money kt wife bukan gf
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Cite hasanah ke ni????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2023 03:42 PM | Show all posts
ahhahahaahh
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan nya pon bengong.ko dh ckp jgn cari b la apa la..hujung2 mntak unblock.stupid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2023 10:06 PM | Show all posts
Samalah macam ex bf my sister. Ada ke dia hantar kucing kat office dan kata kucing ni sebagai hantaran.
Giler ke?

Susah payah kami cari adopter untuk kucen tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 02:26 AM | Show all posts
eyansss replied at 30-4-2023 10:39 PM
kalau anak teruna aku buat camni, taktau la nak lempang ke nak buat apa…

hahahaha lempang sikit kak. supaya bijak sikit
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 07:22 AM | Show all posts
chiyoasuka replied at 28-7-2023 02:26 AM
hahahaha lempang sikit kak. supaya bijak sikit

hahaha...  aku lempang lima kali la...  biar bijak lima kali ganda...  tapi aku memang selalu warning anak aku, kalau dah besar jangan gatal nak sara gf, mewahkan ke apa ke...  kalau dah jadi isteri baru la ko berbelanja bersungguh ikut kemampuan...  anak aku tanya, kenapa...  aku cakap bukan kewajipan kamu, kalau dah jadi isteri baru wajib...  setakat gf, harini dia ketuk kamu riburiban, harini jugak dia lari pegi ke lelaki lain...  anak aku angguk panjang...  harapnya akal dia bertambah panjang la after ceramah aku tu...  hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 30-4-2023 09:39 PM
kalau anak teruna aku buat camni, taktau la nak lempang ke nak buat apa…

potong konek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.163663 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list