View: 2189|Reply: 19
|
Aidilfitri Bermakna Buat Catriona Ross, Anak Autisme Atasi Ketakutan Tempuh Perjalanan Panjang Ke Scotland
[Copy link]
|
|
Percutian pelakon Catriona Ross bersama keluarga di Scotland sejak 19 April lalu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama bapanya Bahrin Ross Abdullah Ross memberi pengalaman bermakna buat dirinya.
Catriona atau Norhayati Ross Baharin Ross, 43, berkata, percutian itu turut disertai oleh anak lelakinya iaitu Jammal Al Raess, 11, yang juga penghidap autisme.
Ceritanya, ini merupakan kali pertama Jammal mengharungi perjalanan panjang menggunakan pesawat dan berbangga dengan pencapaian anak kesayangannya itu.
"erjalanan kali ini terutamanya pulang kampung di Scotland dan London sambil membawa anak autisme adalah satu perjalanan paling bermakna buat kami.
"Selama bertahun-tahun saya membayangkan bagaimana agaknya anak istimewa saya sekiranya berada di luar negara bersama kami.
"Akhirnya, anak lelaki kami dapat menjejakkan kaki di London dan kami sempat merakamkan foto kenangan bersama di hadapan mercu tanda The Great Bell," katanya.
Catriona berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.
Selain meraikan Aidilfitri di Scotland, Catriona bersama keluarga turut mengambil kesempatan berkunjung ke beberapa tempat termasuk London.
Menceritakan mengenai Jammal, Catriona berkata, percutian itu bukan sekadar melancong tetapi membuktikan anak istimewanya itu berjaya melawan ketakutannya sebelum ini.
Kongsinya, Jammal dahulunya seorang penakut dan akan menangis sekiranya mendengar bunyi-bunyian yang kuat.
Oleh sebab itu, kejayaannya menempuh penerbangan yang panjang tanpa sebarang masalah adalah satu kejayaan yang membuatkannya sebagai ibu bangga.
"erjalanan ini bukan sekadar percutian tetapi ia merupakan perjalanan jarak jauh pertama anak lelaki kami ke luar negara, sekali gus melawan ketakutannya.
"Kalau dulu dia akan menangis dan melarikan diri apabila mendengar bunyi pembersih vakum.
"Hari ini anda boleh lihat bagaimana dia gembira dalam gambar yang saya kongsikan ini," ujarnya.
Untuk rekod, Jammal disahkan menghidap autisme tanpa komunikasi iaitu ketidakupayaan bertutur dan hanya boleh bercakap beberapa patah perkataan.
Sebelum ini, Catriona pernah berkongsi hatinya remuk apabila mendapat tahu keadaan anaknya itu namun bersyukur Jammal kini boleh menguruskan diri sendiri meskipun tidak boleh berkomunikasi.
Catriona mendirikan rumah tangga dengan Shaharuddin Mokhtaruddin pada 26 Jun 2009 dan selain Jammal, pasangan itu turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Sephina Rania, 13 dan Edruce Riyadh, 8 tahun.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah, saya tahu bukan senang utk org yg membesarkan anak2 autism. Tahniah atas ketabahan dan kesabaran awak kak kek. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 dia muka pure melayu sementelah Catriona pon langsung xde muka mat salleh. |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel: Anak2 dia muka pure melayu sem ...
She looks way older than her age. Born 80 kan. I igt few yrs back, diadh belakon jd mak2 yaa |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana dari pada Norhayati boleh tukar ke catriona pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
Iols mati2 ingat nama dia catriona dok kat kat rupanya norhayati anak dia ikut rupa laki sungguh sephia ni |
|
|
|
|
|
|
|
hashashes replied at 1-5-2023 02:30 AM
Macam mana dari pada Norhayati boleh tukar ke catriona pulak?
Nama sbnr dia Catriona Norhayati Ross |
|
|
|
|
|
|
|
Ank2 dia rupa mcm black + mat saleh |
|
|
|
|
|
|
|
Behave je anak² dia bergambar keluarga...
Ada sesetengah family normal, nak ambil gambar raya family huru-hara....
|
|
|
|
|
|
|
|
Lucunya yg kata muka cat pure melayu. Cer gi banding muka jawa sebelah muka dia?? Dia ni kalau jumpa depan2 ada mmg muka mat saleh mata pun tak hitam. Cuma sbb dia ni kelate jd x nampak sgt sbb org sana byk muka gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka Cat ada laa rupa omputih kalau tgk depan2. Yang kata takde rupa omputih tu maybe sbb korang dah byk tertengok muka founder2 produk OEM yg gi repair hidung, dagu dan buat dripping. So, adala yg ala2 rupa omputih. Adik dia Fiona tu cantik dowhhh...mmg muka omputih |
|
|
|
|
|
|
|
SpyLeman replied at 1-5-2023 07:31 AM
Muka Cat ada laa rupa omputih kalau tgk depan2. Yang kata takde rupa omputih tu maybe sbb korang dah ...
Adik dia yg free hair rambut pendek tu ye? Ha ah cantik ...slim mcm cat masa muda2 |
|
|
|
|
|
|
|
innocent_me replied at 1-5-2023 07:10 AM
Lucunya yg kata muka cat pure melayu. Cer gi banding muka jawa sebelah muka dia?? Dia ni kalau jump ...
Bbnu kot yg kata gitu. Zmn muda2 dlu masa dia kerap berlakon, nmpk je muka kacuk cat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 autism ni kelakuan memang mcm anak zarina ngan adamautism tu ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 30-4-2023 08:19 PM
Anak2 dia muka pure melayu sementelah Catriona pon langsung xde muka mat salleh.
Aku pernah jumpa dia dlm lift di concorde Shah Alam. Masa tu tgh Hot citer sephia. Mmg muka mat saleh habis. Tp sekarang dah pakai tudung dan beranak pinak dah larut gene scottish tu. |
|
|
|
|
|
|
|
innocent_me replied at 1-5-2023 07:10 AM
Lucunya yg kata muka cat pure melayu. Cer gi banding muka jawa sebelah muka dia?? Dia ni kalau jump ...
Itu la tengok muka mat saleh & mata dia brown. Tapi belah2 kelantan memang ramai putih2.Cousin2 iol yang salah sorang parent kelantan putih2 mcm mix lak tp pure melayu |
|
|
|
|
|
|
|
i pun tak tau sangat pasal autism ni walaupun selalu try nak baca pasal autism. tak tau intervension yang macam mana parents & perawat boleh buat supaya simptom depa boleh dikurangkan sepanjang hidup depa. |
|
|
|
|
|
|
|
betul2 eh kampung dia kt Scotland..teringat dia berlakon drama Mek Salmah Dari Scotland dulu..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
mek salmah dari scotland dulu legend.. kelakor citer ni tayang kt tv2 dulu2 masa tu aku sekolah rendah ke menengah. masa tu kagum gak la.. muka mat saleh boleh ckp kelate. |
|
|
|
|
|
|
|
seyes la born 80an
i tot dh nak msk 50 dia ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|