View: 195|Reply: 0
|
Max Verstappen naik angin dengan Russell
[Copy link]
|
|
Pemandu Mercedes, George Russell dan pemandu Red Bull Racing dari Belanda, Max Verstappen berdepan selepas berakhir perlumbaan pecut Formula Satu (F1) pada Grand Prix (GP) Azerbaijan.
Max Verstappen naik angin dengan Russell
BAKU, Azerbaijan – Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen ‘naik angin’ dengan tindakan agresif pemandu Mercedes, George Russell selepas insiden pelanggaran pada perlumbaan sprint di Grand Prix (GP) Azerbaijan sebentar tadi.
Verstappen yang menamatkan perlumbaan tersebut di kedudukan ketiga dilihat tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan Russell selepas menghimpitnya hingga menyebabkan bahagian sisi jenteranya mengalami sedikit kerosakan.
Terdapat kerosakan pada jentera pemandu pasukan Red Bull, Max Verstappen. -AFP
Bagaimanapun, Russell turut meminta maaf kepada Verstappen selepas insiden tersebut kerana mengakui jenteranya tidak mempunyai cengkaman untuk mengelak pelanggaran tersebut terus berlaku.
“Semua pelumba tidak mempunyai cengkaman tetapi perlulah meninggalkan ruang. Saya tidak faham kenapa anda perlu mengambil risiko pada pusingan pertama. Saya sangat menghormati semua pelumba. Ia agak masuk akal apa yang anda lakukan pada pusingan pertama.
“Saya beri dia (Russell) ruang yang cukup dan dia menjelaskan tayar tiada cengkaman, itu bukan alasan. Saya tidak suka apabila seseorang mempunyai reaksi seperti itu seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan dan pergi begitu sahaja,” tegas Verstappen.
Pada perlumbaan tersebut, rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez muncul juara untuk mengekalkan permulaan cemerlang Red Bull musim ini.
Pemandu Ferrari yang meraih petak utama, Charles Leclerc menduduki tempat kedua, manakala Verstappen di kedudukan ketiga untuk mengekalkan penguasaan keseluruhan pelumba menjelang perlumbaan esok. -AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... gin-dengan-russell/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|