CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1593|Reply: 14

Izzrin Irfan Dituduh Persenda Kanak-Kanak Sebelum Beri Duit Raya, Mengaku Sekadar ‘Content’

[Copy link]
Post time 29-4-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan penyanyi Izzrin Irfan langsung tidak mempunyai sebarang niat buruk apabila bertindak berkongsi video mempersendakan dua kanak-kanak lelaki sewaktu memberi mereka duit raya pada 1 Syawal lalu.


Izzrin atau Muhammad Izzrin Irfan, 22, sebaliknya berkata, dia merakamkan video tersebut hanya bertujuan untuk bergurau dengan kanak-kanak yang tinggal di kawasan kejiranannya yang mahu mengumpul duit raya.


"Biasalah bila dah petang habis beraya dengan keluarga, saya keluar rumah nampak ada budak-budak duit raya.






"Bila tengok mereka teringat zaman budak-budak dulu. Saya pun nak bagi mereka duit raya.


"Sambil-sambil tu rasa macam nak buat satu content. Tengah rekod tu rasa macam nak menyakat budak-budak tu dan bergurau minta beg pada mereka," katanya ketika dihubungi mStar.


Izzrin mengundang kritikan netizen apabila memuat naik video yang menunjukkan dia meminta beg daripada dua orang budak lelaki yang sedang berjalan di kawasan perumahannya di Sungai Petani, Kedah.


Menerusi video tersebut, Izzrin menawarkan duit raya tetapi harus memberikan beg kepunyaan mereka terlebih dahulu.


Menjelaskan lebih lanjut mengenai video itu, Izzrin berkata, dia tidak menyangka salah seorang kanak-kanak itu memberi begnya dan langsung tidak terfikir bahawa ia mengundang rasa tidak senang orang ramai.


Kata penyanyi lagu Sakit Tiada Bererti itu, kanak-kanak tersebut tidak mengambil hati akan tindakannya itu dan memohon agar netizen memandang positif serta mengambil ikhtibar daripada video berkenaan.






"Saya tak sangka pula mereka beri beg itu. Saya tak ada niat buruk nak viral ke apa. Cuma itulah saya tak terfikir perkara itu boleh menimbulkan idea untuk orang berniat jahat.


"Cuma, ikhtibarnya juga boleh kita ambil untuk kanak-kanak lebih peka dan jangan beri barang peribadi secara sembarangan kepada orang yang tidak dikenali.


"Budak-budak tu sendiri pun ada meninggalkan komen pada video yang saya muat naik. Ada pula yang minta duit raya. Alhamdulillah, mereka okay saja," ujarnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2023 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelakon? Penyanyi? Siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry xknl… mohon pindah thread ni ke artis seberang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 07:26 PM | Show all posts
Ko ialah sape?

And konten bodoh ape ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sape dia nie....yaaa amponnnn
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Seperti biasa aku selalu ketinggalan...tak kenal budak2 berhingus...gila content
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2023 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Belakon kat tv ke kat youtube je dik? Mcm tak kenal je
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Whoareyusss...boleh swap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2023 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
What are you? What? Hwat?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka bersepah dkt Komtar mcm ni pun pelakon/penyanyi?? Siapa binawe ni??
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Who are you?


Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 02:48 PM | Show all posts
who is yuhhhh... mira bohsia penyondol ciknek tak sunat hingga roboh tokong pun kaka lagi kenal dari hengko dik... macam lagi hina plak level kau berbanding si mira...

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai skg ni dak2 tiktok instafemes youtuber ni dh dikira sebagai artis laa eh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 09:51 PM | Show all posts
whoareyouss? ko baru terlepas dari kandang mana ni babi?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 01:53 PM | Show all posts
penyanyi dan pelakon...hmmm...fyi akak tak kenal...next
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.086836 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list