CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 454|Reply: 2

Walau Punggung Cedera Dan Perut Koyak, Wafariena Tak Serik Berlakon Aksi

[Copy link]
Post time 28-4-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Walaupun pernah mengalami kecederaan di lokasi penggambaran supertelefilem pada tahun lalu, Wafariena Roslan, 27, tak serik untuk berlakon dalam cerita genre aksi.


Malah dia juga bersedia untuk melakonkan babak aksi lagak ngeri jika pengarah menyediakan sesi latihan rapi sebelum melakonkan babak terbabit.


Foto: IG




"Sebelum ini, saya mengalami kecederaan kerana dipaksa pengarah terbabit untuk buat aksi lagak ngeri sendiri tanpa sebarang persediaan atau latihan lengkap.


"Jika pengarah menyediakan kelas atau sesi latihan rapi untuk pelakon buat aksi lagak ngeri terbabit pasti kecederaan boleh dielakkan," katanya kepada Harian Metro.


Wafa berkata, dia mempunyai impian untuk melakonkan watak aksi seperti dalam filem Hollywood, Fast & Furious.


  



"Saya sangat menyukai karakter pelakon wanita yang lasak dalam filem itu.


"Saya berharap ada tawaran untuk berlakon dalam cerita genre aksi sedemikian selepas ini," katanya.


Mengulas mengenai kecederaan dialami, kata Wafa, ia sudah pulih sepenuhnya selepas menjalani rawatan dan sesi fisioterapi sebelum ini.




  



"Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang, ibu selaku pengurus, akan memastikan produksi yang menawarkan saya berlakon menyediakan segala langkah keselamatan yang perlu sebelum menerima projek terbabit.


"Ibu juga akan meneliti skrip dan babak yang perlu saya lakonkan itu boleh membahayakan keselamatan saya atau sebaliknya.


"Selepas kejadian itu juga, penerbit dan pengarah yang mahu menawarkan saya berlakon juga lebih memahami dan menitikberatkan aspek keselamatan saya di lokasi penggambaran," katanya.


  



Sementara itu, ditanya mengenai tindakan undang-undang terhadap pengarah sebuah supertelefilem yang menyebabkan dia mengalami kecederaan dalaman akibat membuat aksi lagak ngeri sendiri pula, kata Wafa, ibunya sudah melantik peguam untuk menguruskan kes terbabit.


"ihak kami tetap meneruskan tindakan undang-undang pada pengarah terbabit untuk memberi pengajaran supaya kejadian tidak berulang.


"Semua urusan berkaitan kes diuruskan peguam dan saya juga tidak dibenarkan mengulas terperinci mengenai kes itu buat masa ini," katanya.




  



Dalam laporan sebelum ini, ibu Wafa, Suzana Hamad berkata, laporan polis terhadap pengarah itu sudah dibuat di Balai Polis Kundang, Selangor pada 26 Oktober lalu.


Katanya, tindakan undang-undang itu nekad dibuat kerana melihatkan sikap tidak berperikemanusiaan dan lepas tangan pengarah terbabit terhadap Wafa.


Terdahulu, Wafa mengalami kecederaan dalaman iaitu tisu bahagian punggung cedera, perut koyak dan berlaku pendarahan akibat melakukan aksi lagak ngeri pada 8 Oktober tahun lalu di hutan gelap di Lenggong, Perak ketika penggambaran sebuah supertelefilem. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 09:18 PM | Show all posts
Nak ke producer amik dia lagi?

Period x teratur pun salah kecederaan di set

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mak die ke tu? mirip ali putih xbrape putih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.539859 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list