CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 660|Reply: 4

Tajul Tak Menyesal Kahwin Muda Tapi Isteri Risau Kalau Dicurangi

[Copy link]
Post time 28-4-2023 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Tajul Ariff tak pernah menyesal bergelar seorang suami walaupun masih muda.


Berkahwin pada usia seawal 19 tahun, Tajul atau nama lengkapnya Tajul Ariff Noor Md. Shari tidak melihat status suami sebagai suatu beban buat dirinya.


Foto: IG




Tipulah jika dikatakan rumah tangganya tidak pernah ditimpa ‘badai’, namun dia dan isteri sehabis baik menjaga ‘tiang istana’ daripada runtuh.


“Sepanjang enam tahun berkahwin, sudah pelbagai pengalaman saya dan isteri lalui. Jatuh, bangun dan susah senang kami sentiasa bersama.


“Tipu kalau sepanjang berkahwin, kami tidak pernah berdepan dengan masalah. Saya ingat lagi bagaimana ketika saya mengalami masalah kewangan kerana kerjaya nyanyian yang tidak begitu menjadi,” ujarnya.




  



Kata Tajul, ketika itulah dia mula sedar kitaran hidup umpama roda yang sedang berputar. Ada masanya di atas, ada masanya di bawah.


“Selepas itu barulah saya dan isteri terfikir untuk buat bisnes. Walaupun kami pernah berdepan situasi sukar, namun saya bersyukur hubungan kami masih kekal sehingga ke hari ini.


“Apa yang penting adalah perbincangan antara suami dan isteri. Kena ada perancangan yang baik untuk tentukan masa depan.


“Apabila sudah dapat apa yang kita mahukan, kena ingat juga waktu kita susah supaya tidak mensia-siakan waktu,” katanya.


Melihat kehangatan kes kecurangan membabitkan golongan selebriti, Tajul tanpa berselindung mengakui perkara itu sedikit sebanyak memberi kesan emosi terhadap si isteri.


  



Sebagai suami, Tajul perlu bijak memahami perasaan wanita. Apa yang penting, dia perlu kekal setia terhadap isteri selain berserah pada jodoh yang telah ditetapkan Allah SWT.


“Apabila ada kes-kes kecurangan membabitkan golongan selebriti, isteri memang terkesan juga.


“Biasalah orang perempuan. Saya cakap dengan isteri senang sahaja. Kita serahkan jodoh pada Allah SWT.


“Kita tidak tahu lagi nasib dan jodoh kita bagaimana. Itu adalah bahagian orang lain.


“Kita punya bahagian tak tahu lagi bagaimana. Kalau Tuhan kata jodoh kami panjang, alhamdulillah,” jelasnya.


Menyentuh sedikit tentang sambutan Aidilfitri yang dirai pada tahun ini, Tajul berkata seperti biasa lebaran yang disambut bersama isteri serta dua orang anaknya diraikan secara bersederhana sahaja.




  



Bagaimanapun, Tajul memastikan keperluan isteri dan anak-anaknya dilengkapkan terlebih dahulu sebelum memikirkan diri sendiri.


“Untuk Aidilfitri, saya selalu terapkan amalan bersederhana. Apa yang masih boleh dipakai, saya pakai. Janji anak-anak dan keluarga lengkap.


“Tahun ini baju isteri agak banyak juga. Ada tujuh pasang. Untuk giliran raya pula, memang setiap tahun kami akan beraya dahulu di rumah keluarga isteri sebab dekat dengan rumah kami.


  



“Selepas itu baru pulang ke kampung saya di Seremban, Negeri Sembilan.


“Kami tak pernah gaduh soal balik raya sebab benda boleh bincang,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2023 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
rempitnya. kalo kena sondol pn dgn geng2 rempit jgk, yg jenis naik motor wheelie2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Toksah takut la dek.
Kalau laki ko kena sondol pun sbb penyondol tu nak buat laki ko jadi pengecat rumah dan pekebun je.
Utk kerja2 am.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg merampas pun jenis pompuan yg menonggeng motor ikut jantan & yg jenis dating dekat bawah flat je pun.. jangan risau sister
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2023 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawen muda ni risikonye laki tu xpuas enjoy life bujang dia lagi..t ko dh branak pinak laki ko masih lg buat perangai bujang..mkn hati xhbs la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.107191 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list