CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1468|Reply: 12

Wani Syaz Seronok Beraya Dengan Perabot Baharu- Yang Lama Semua Kena Buang, Rosak Sebab Banjir

[Copy link]
Post time 28-4-2023 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Wani Syaz tidak menyangka kediaman keluarganya di Batu Pahat akan dinaiki air banjir kerana kedudukan di kawasan agak tinggi.


Paras air sehingga punggung yang menerjang kediaman keluarga Wani mengakibatkan lebih daripada 50 peratus perabot serta kelengkapan rumah musnah dan tidak boleh diselamatkan.


Foto: IG




“Saya memang menetap di Batu Pahat. Ketika banjir, saya tiada di rumah kerana menguruskan kedai makan yang terletak di pekan. Jadi, tak sempat untuk balik untuk selamatkan barang-barang di rumah.


“Selama dua minggu juga rumah digenangi air sehingga paras paha. Banyak perabot yang rosak dan terpaksa dibuang,” katanya kepada Kosmo


  



Menganggap musibah yang melanda sebagai dugaan menguji diri, lebih-lebih lagi ketika menghampiri bulan mulia, Wani bersyukur kesemua ahli keluarganya terselamat.


Menyentuh tentang sambutan Aidilfitri pada tahun ini, mahu tidak mahu, penyanyi berusia 25 tahun perlu membeli perabot dan kelengkapan rumah baharu.


Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Nursyazwani Selamat itu menganggap itulah rezeki buat keluarganya apabila menyambut lebaran dengan kelengkapan rumah serba baharu.




  



“Nampak gayanya raya tahun ini semua perabot baharu. Nak buat macam mana, perabot sedia ada sudah musnah dalam banjir.


“Selain membeli perabot baharu, rumah juga perlu dicat kerana kotor akibat terendam dalam banjir. Apa-apa pun, sambutan raya tahun ini disambut secara sederhana sahaja,” katanya.


Tambah pelantun lagu Pendusta Cinta itu, dia hanya menyediakan dua pasang baju baharu dan selebihnya mengitar semula baju-baju raya terdahulu yang masih lagi elok.




  



“Tahun ini baju raya saya dua pasang sahaja. Selebihnya saya pakai baju tahun lepas yang masih elok. Kuih raya pun beli sahaja, kalau buat pun, cuma kek batik kerana senang.


“Tiap-tiap tahun memang saya hanya berada di Batu Pahat. Rumah nenek pun sebelah rumah sahaja.


“Jadi kalau raya, sepupu-sepupu saya yang tinggal di luar Batu Pahat akan pulang ke kampung. Terasalah meriah sikit,” katanya.




  



Gembira menyambut kedatangan peminat ke rumah, Wani turut berkongsi rezeki memberikan duit raya kepada peminatnya yang bertandang ke rumah.


“Setiap kali lebaran, rumah saya memang sentiasa terbuka untuk menyambut kedatangan peminat, malah ada yang datang dari luar Johor.


“Insya-Allah, tahun ini saya ada sediakan duit raya untuk tetamu yang bertandang ke rumah,” kata Wani teruja. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ampun… sheols ni siapa dan nyanyi lagu apa ehh. Pestaim dengar nama dia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dia partner ngan wani …tajul set set tu le…youtube views dia tinggi lah juga

time raya ni rumah kat parit raja sri medan parit sulong masih recover dari banjir….
raya dema biasa biasa je …ada tu masih mencuci….banjir termenung ni sangat lah leceh…
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia ni... Gaya dia terlalu makcik untuk jadi artis. Takde ke upah MUA power sikit bagi dia nampak lawa
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 04:34 PM | Show all posts
nnauzubillah min zalik... who is yuhhhh dekkkk...
dah serhoper baca artikel rakyat marhaen facebook sedang beraya dah...

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Cenderakirana9 replied at 28-4-2023 04:27 PM
Kesian dia ni... Gaya dia terlalu makcik untuk jadi artis. Takde ke upah MUA power sikit bagi dia na ...

Bkn baju saje muka pun marhaeenn sgtt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2023 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukaaa...
Muka marhaen sgtss..
Sora pn sedap.
We need more marhaen looks in the industry.
Xkan stendet lawo yg kacuk² kokosen ja.
Muka melayu mcm ni or aina bedul pon ok janji nyanyi sodapp..
Tp yer la, to each their own yerr
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Cenderakirana9 replied at 28-4-2023 04:27 PM
Kesian dia ni... Gaya dia terlalu makcik untuk jadi artis. Takde ke upah MUA power sikit bagi dia na ...

Upah la stylist hebat mana, MUA paling bagus sekalipun, tetap la imej sheols gitu, imej ustazah marhaen ajar budak darjah 1. Suara dia sedap tu boleh la kata sedap, tapi untuk iols terlalu membosankan, dengan beberapa saat terus iols rasa mengantuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Desa nya muka ko dekkk
Set2 wani hasrita nabila razali mighra filzah
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara dia sedap. Imej pn sopan je
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 08:12 PM | Show all posts

Tambah pelantun lagu Pendusta Cinta itu, dia hanya menyediakan dua pasang baju baharu dan selebihnya mengitar semula baju-baju raya terdahulu yang masih lagi elok.

Ok la Wani ni, xde kontroversi pun.
Tp ade produk seni baharu ke eh?

BTW,


Reuse - Guna semua
Reduce - Kurangkan penggunaan
Recycle - Kitar semula.

Kitar semula ni bahan kene olah semula untuk hasilkan produk baharu.
Ramai sgt guna perkataan recycle untuk guna semula.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Vibe hakak pembantu tadika pasti kuat sgt dia ni, ujung2 minggu buat part time cashier kat pusat pakaian hari-hari
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Yerlah org bnyk duit gituhlah...belibjer baru bila dh bnjir.org yg xberpa nk ada duit...kumpul duit setahun sekali nk beli katil, then next year peti ais, thn bjir beli washing machine jer...pun beli murah2 sb tkut bnjir balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.052625 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list