CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2596|Reply: 34

Nabila Huda Mengaku Jarang Bersenam Tapi Disiplin Berjalan 30,000 Langkah Sehari

[Copy link]
Post time 28-4-2023 03:28 PM | Show all posts |Read mode
Nabila Huda mengaku jarang bersenam, namun sebagai artis dia banyak kelebihan untuk menjaga gaya hidup sihat.


Katanya kebanyakan masa dihabiskan dengan berjalan kaki atau berdiri sepanjang menjalani penggambaran drama atau filem.


Foto: IG




"Saya memang kurang bersenam tetapi gaya hidup saya bila bekerja, saya akan berjalan kaki, sentiasa berdiri tanpa duduk, rasanya lebih daripada orang yang normal.


"Contohnya kita bangun tidur pukul 6 pagi dan habis shooting hingga pukul 3 pagi. Jadi, sepanjang waktu itu kebanyakannya saya akan berjalan dan berdiri sepanjang masa," katanya kepada mStar.




  



Jika mempunyai kerja, aktres berkenaan mampu berjalan sehingga 30,000 langkah sehari.


Bagaimanapun, pelakon filem Munafik itu mengakui faktor umur memainkan peranan apabila dia kini mudah berasa letih selepas seharian penat bekerja.


"Satu hari tu kurang-kurang boleh cecah hingga 30,000 langkah tetapi saya akan pastikan saya sentiasa bergerak dan bukan duduk diam saja.


"Dulu masa muda umur 20-an masih mampu tapi dah nak masuk angka 40 tahun, penat tu rasa berbeza.


"Balik kerja pukul 10 malam saya dah penat, mula jadi grumpy. Tapi tak mengapalah, saya dah memilih bidang ini sebagai kerjaya dan saya sayang dengan kerja saya," ujarnya.




  



Bercerita soal kerjayanya kini, Nabila memberitahu dia sekarang berada di New York, Amerika Syarikat kerana menjalani penggambaran sebuah program masakan.


"Saya bergerak ke New York pada 25 April lalu dan saya berada di sini lebih kurang dua bulan hingga Jun depan.




  



"Saya akan menjalani penggambaran 26 episod untuk program memasak. Content program itu adalah 'Masak sana sini New York' dan kami akan masak untuk pelajar di sana.


"Istimewanya setiap episod akan ada tetamu undangan iaitu rakyat Malaysia yang belajar atau berhijrah di New York.," katanya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 03:59 PM | Show all posts
dah besar dah anak pompuan spoil brat sheols tu..... kekecik kuat maki kuat merentan kuat berebut laki sheols macam boifren dia...takut meols tengok video video sheols share kekonon kelakar anak dia macam tu... padahal orang lain neves tengok pergaulan bagai tiada sempadan dengan pak tiri (laki sheols)....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
30k sehari iols pun dh consider exercise dah . Bukan senang 30k weyy nak achieve ????????
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ledigugu replied at 28-4-2023 04:14 PM
30k sehari iols pun dh consider exercise dah . Bukan senang 30k weyy nak achieve ????????

Betul ...buat floor exercises with a few sets of repetitions pun cukup. Utk dapat nice shape. I,  4k pun susah kecuali I go for my briskwalking.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana ye boleh jln 30k sehari. Aku pernah achieved 30k tapi dlm masa 5 hari. Tu pun di negara prc yg org dia semua jalan sana sini. Kalau jalan atas treadmill dpt la 1k++ dlm 15mins pun dah penat tau.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
I kalau 20k tu mmg seharian berjalan. Kaki mmg x rasa laaaa.. tp 10k tu mmg sap sap soi. Kalau 30k, mmg jalan x duduk2 ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2023 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada org penah ckp style rambut fringe dia tu burok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
misc replied at 28-4-2023 05:03 PM
Mcm mana ye boleh jln 30k sehari. Aku pernah achieved 30k tapi dlm masa 5 hari. Tu pun di negara prc ...

Kalau pergi umrah, sehari dapat 20k steps.
I selalu aim 8-10k steps sehari, almost sejam kalau jalan2 lenggang, so kalau dia Jalan masa keje sepanjang hari, memang possible.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami iouls kerja yg banyak berjalan dari 8 pagi sampai 7 malam pon susah nak capai 20k steps. 30k tu memang dia x duduk or melepak kat rumah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 07:47 PM | Show all posts
vee_zara replied at 28-4-2023 07:33 PM
Tak ada org penah ckp style rambut fringe dia tu burok ke?

khen... takde ke nak bagitau hauk...
sheols dah la buruk... di buat pulak pesen rambut buruk... maka bertambah2 la buruk...

lain la rhoper macam lisa blackpink... ni dah la rhoper macam rara jongrang (cikki yindu majapahit yang kena sumpah jadi batu tapi pinggang maintain slim macam kerengga)


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
misc replied at 28-4-2023 05:03 PM
Mcm mana ye boleh jln 30k sehari. Aku pernah achieved 30k tapi dlm masa 5 hari. Tu pun di negara prc ...

Boleh sis, tapi bila malam, betis akan tegang lah. Lebih kurang 15 km walk tu. Meols kalau membetis time holiday, boleh jalan 20km max. Tapi by 9pm, dah terbongkang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
30k langkah sehari tu boleh je atas treadmill....aku  biasa buat 40k........20k pagi, 20k mlm atau lewat petang....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
vee_zara replied at 28-4-2023 07:33 PM
Tak ada org penah ckp style rambut fringe dia tu burok ke?

org takut kot nak bgtau dia..tgk la masa ada org komen kat socmed psl warung dia tu..berapi sheols membalas..sgt defensive..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 10:00 PM | Show all posts
aku dulu keje sehari 11 ribu langkah pun, balik rumah, sapu minyak panas. lenguh ya amat

dia 30k. power betul. salute
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 28-4-2023 03:59 PM
dah besar dah anak pompuan spoil brat sheols tu..... kekecik kuat maki kuat merentan kuat berebut la ...

Mcm iras morosechild pula anak sheols.


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 28-4-2023 07:47 PM
khen... takde ke nak bagitau hauk...
sheols dah la buruk... di buat pulak pesen rambut buruk... ma ...

Pesen rambut fringe ni shannen doherty dan faiznur miskin cantik rambut mcm tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2023 01:12 AM | Show all posts
membongak la 30k

30k tu 25km.. klu x lari mana nak dapatnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 02:22 AM | Show all posts
artis punya membohong org pun percaya je hari2 dapat 30k. 10k tu bersammaan 7km. kau hari2 jalan 21km .. kau hari2 jalan dari warong isabela pegi kajang ke apa setan??
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
30k jalan kau tetap nampak kepam.. yihhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku penah capai 20k sehari. Memang sakit kaki sampai melecet. Berjalan dari pagi sampai ke malam. Klo 30k xtau la camne.. Xpenah capai. Jenuh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.053239 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list