CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3828|Reply: 69

'Muzik Tetap Dalam Hati Saya' - Marhaba Eid Buah Tangan Dari Waheeda

[Copy link]
Post time 28-4-2023 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Ramai peminat merindui suara penyanyi wanita yang begitu menjaga auratnya.


Sekian lama menyepi dari industri hiburan, minat Waheeda Wassini dalam bidang muzik masih belum luntur.


Walaupun tidak lagi muncul di kaca televisyen, Waheeda sebenarnya masih bergiat aktif dalam dunia seni yang diminatinya.




Utusan




Menerusi sebuah video yang tular di laman TikTok, rata-rata warganet meluahkan kerinduan terhadap penyanyi muslimah ini.


Mereka mula mengimbau kenangan zaman Waheeda popular dengan kecantikan dan keayuan penampilannya sopan menutup aurat.


Terdahulu menerusi sebuah laporan berita, wanita yang berusia 45 tahun itu akui sukar untuk menjauhkan dirinya dari seni muzik, namun dia memilih untuk berhijrah setelah mendirikan rumah tangga.


“Niat asalnya, saya ingin meletakkan noktah dalam dunia nyanyian. Namun dalam diri saya, saya rasa tak boleh (berhenti).


“Pendapat saya, ini adalah kerja Allah, walau macam mana pun saya menolak, ia tetap kembali,” kata Waheeda yang menikahi penyanyi nasyid, Akhil Hayy.


“Saya sebenarnya pemuzik di hati. Lima tahun saya dihantar ke kelas muzik, sampai sekarang, tetap muzik dalam hati saya. Muzik tidak salah kerana ia sebahagian daripada fitrah manusia.


“Namun, saya meletakkan diri sebagai pemuzik, bukan penyanyi. Jadi, apabila anda pemuzik, anda tidak akan berhenti.


Hampir 10 tahun mendiamkan diri, Waheeda kembali mengeluarkan lagu baharu sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu ‘Marhaba Eid’.







Menurutnya, lagu yang dilancarkan di laman Youtube dan Spotify itu adalah hasil terbitan syarikatnya sendiri, Clef Empire.


Kini bergiat aktif di belakang tabir, penyanyi itu akui dirinya lebih selesa bekerja di bidang seni sebagai penerbit dan komposer lagu.


Belum mempunyai zuriat setelah 10 tahun bernikah, Waheeda tetap bahagia dapat menumpang kasih sayang bersama anak tirinya.




Sumber: Murai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayat atas sekali tu....

Para setazah forum....adakah suara tu juga mewakili aurat...sapa boleh jawab...

Atau
Ustaz stinger...boleh jawab x....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 02:28 PM | Show all posts
iols nak tahu pndpt ust akhil dgn statement bini camni
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah buat comeback tu maksudnya acik2 forom u know i know khuenzzz
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 03:33 PM | Show all posts
...namun dia memilih untuk berhijrah setelah mendirikan rumah tangga...


Hijrah ke uolss.....??? Bukan silent sebab kawin ngan laki orang ke? berkepit dating sana sini sampai tepi pantai bashah bashah seluar masa setaz rambut rebonding tu masih ada isteri & anak-anak kecik kan?? hijrah lah sangat... so propa.







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara so so … sapa yang suka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2023 03:37 PM | Show all posts
kerja Allah katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 04:35 PM | Show all posts
wa sini lu sana

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Eiii suara sheols x sdp..buat comeback sbb x berduit/nk serai!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Motiffff sgt nk comebackkkkk xde lain lar tu selain dh diambang seraiiii....nk tngkap suami org lg kerr
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah berniqab tinggal biji mata je masa ada hati ya nak menyanyi..kan suara tu aurat. Koh3.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
iols suka tgk dia berlakon ..best..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 02:10 AM | Show all posts


maaf la nak cakap. antara lagu raya yang paling tertekan aku dengar. duk zikir marhaba eid marhaba. lepas tu akak ni terlampau arab wannabe. tinang2 sudah kak.


Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
apalancut replied at 29-4-2023 02:10 AM
maaf la nak cakap. antara lagu raya yang paling tertekan aku dengar. duk zikir marhaba eid marhaba ...

Ni ke MV dia?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya bila muncul semula ni, netizen mesti dah berspekulasi kenapa kan...agak² tak lama lg nama klua tak kat mahkamah?

Kalau betol nak bercerai pon, tak de la nak complicated mcm sol soley sbb masih belom ada anak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Hasil sondolan pun tak berapa untung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2023 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 29-4-2023 08:38 AM

dh 45 thn dia pun ya
brani kluar time kisah2 sondol-sondolan sundal-sundalan time2 ni ya
tkut netjem bt thback awak je
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 28-4-2023 04:35 PM
wa sini lu sana

  nie samdol boleh pinjam ayat buat pilem gangster dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 28-4-2023 03:33 PM
Hijrah ke uolss.....??? Bukan silent sebab kawin ngan laki orang ke? berkepit dating sana sini sam ...

Apasal zaman dulu tak de pulak cakap dia ni birah beramai-ramai padahal laki orang yang disondolnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan nak kena dengan hattan jugak ni.
'akhil hay bekas penyanyi nasyid'
The ryad tu rock kapak laaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.149665 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list