View: 4475|Reply: 53
|
Peminat Bimbang, Minta Haqiem Rusli Henti Guna Media Sosial
[Copy link]
|
|
Ramai mula bimbang apabila Haqiem Rusli memuat naik hantaran di TikTok, menggambarkan dia sedang menanggung kesedihan mendalam.
Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 26, memuat naik bait lirik lagu ciptaannya berjudul Aku Hati dan Perasaan berserta kapsyen menggunakan emoji sedih dipercayai ada kena mengena dengan kecaman orang ramai yang menyelarnya disebabkan tindakan isterinya iaitu Anis Sofea menanggalkan tudung, baru-baru ini.
Sebagai suami, dia teruk dikecam netizen yang menyifatkan dia tidak bertegas dan gagal mendidik isterinya menjadi seorang muslimah lebih baik.
Dalam pada itu, peminat setia penyanyi tersebut meminta agar Haqiem bersabar dan terus kuat dengan dugaan sedang dihadapinya ketika ini.
Malah, ramai meminta Haqiem berehat daripada menggunakan media sosial bagi meredakan keadaan yang sedang hangat.
"Berdoa banyak-banyak. Semoga semuanya baik-baik sahaja untuk awak berdua. Slow talk dengan Sofea. Jangan muat naik apa-apa di media sosial.
"Jika perlu rehat, berehatlah. Kami semua faham dengan masalah awak. Jika perlukan sokongan, kami sentiasa ada bersama. Jangan risau awak tak keseorangan," komen peminatnya.
Sementara itu, menerusi hantaran berbeza di Instastory miliknya, Haqiem berkata, dia sudah sedaya upaya cuba untuk mengharungi setiap dugaan yang hadir dalam hidupnya.
"Setiap orang akan melalui dugaan dalam hidup, saya sentiasa menerimanya dan berharap anda semua tahu betapa saya terus cuba bertahan dan melaluinya," jelasnya.
Pada 22 April lalu, Anis memuat naik fotonya yang tidak lagi berhijab dan hanya mengenakan selendang ketika menyambut 1 Syawal.
Tidak hanya itu, Anis turut memadam semua foto di Instagram termasuk bersama Haqiem dan hanya meninggalkan beberapa gambar tanpa berhijab.
Ramai membuat spekulasi rumah tangga pasangan itu berantakan namun Anis menyangkal perkara itu dengan memuat naik gambar bersama Haqiem.
Haqiem yang diminta mengulas tindakan isterinya membuka tudung dan situasi rumah tangganya bagaimanapun enggan mengulas perkara itu dan mengambil sikap berdiam diri.
Untuk rekod, Haqiem dan Anis mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya dan mereka belum dikurniakan cahaya mata
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2. Apa nk diharap. Sikit2 mengadu kt socmed.yg tua renta pun sama |
|
|
|
|
|
|
|
Yiihhhhhh acah sedih..elok je kau sebelah bini kau aritu. Nyampahhh... Stop jadi poyo la haqiem
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Xhabis lg nk merasa jiwa remaja… bebalik ko bg netizen speku life korg. Ak xde mase nk pk masalah korg. Kalo cerai lantak korg la. Bahagia pun bkn ak dpt duit pun. Paling tidak semua medsoc citer pasal korg seminggu dua. |
|
|
|
|
|
|
|
ni lg sorg
org kwin ko pun kwin
lein mida bini plak bt pranagai
#binibukatudungkitapulakkenadoakan
blahlahh |
|
|
|
|
|
|
|
Tenang2 jelaaa
Yonniboi rileks je bini nak pakai ke tanak tudung, org nk kecam gasaklaaa
Dia terus mengepam sampai berbuahkn hasil.
Bini dia cuma bukak tudung jer, takda laa buang tebiat buat perangai aneh2.
Buat aksi tak semenggah ke apa mcm ponder2 lain tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
ko hengat kaka kisah pasal umah tangga kau... kalau berantakan pun kaka tengok jah sambil mengcekik kuih raya... itulah sape suruh acah terpaling alim sangat dulu sampai ko tolak orang tak bertudung dalam mv kau tu... padahal orang tu dah beria dah ingat dapat shoot mv...
sumpahan kek berhala takde kepala kat majlis kahwin gamaknya... fefeeling raja bersiong kan kau... dan isteri kau permaisuri buddha si raja bersiong...
|
|
|
|
|
|
|
|
Lawa je bini dia free hair. Lainla bighah bohsia..pakai ke xpakai ke tudung nmpak kepam solsial. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau qiempropa tak acah2 terpaling menjaga aurat suatu ketika dahulu, pasti masyarakat madani tak kisah sgt pun bini dia buka tudung.
Sebelum kahwin pun mmg bininya free hair khen. Pakai tudung kat sekolah jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Haruslah bini dia rasa memberontak kena pakai tudung. Bini AimanTino lagi lawa seri pengantin freehair, rakan artis satu FMC Zack Zakwan pun bini freehair, Ariff Bahran pun bini freehair. |
|
|
|
|
|
|
|
Tpi budak2 jnis cmni lh yg rmai suka, lgi2 yg khwin awl mcm dik Manno, smua skong.
|
|
|
|
|
|
|
|
Khwin awl sngt, mmg akn ada yg x puas hti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sbb zmn skrg khwin muda mmg sorg2 berebut2, klau dh 32 blum khwin lgi mudah kna kutuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terpaling sedey. Attention seekersssss. Kikikepam dok buat statement sedey itu ini, wife lg ranciak mendedah tali bra gituh walaupon serabai. Nampak sangat gimik nak masuk news je sementelah dah sendurina, nak kuar lagu baru dah khuen.
Tahtah dedua ekor ni gelak je atas katil tgk netizen dok komen tabahlah sabarlah hadapi ujian bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Overnya pemenat kau. Tah2 dia hepi ja hari2 berparti.
Dia tu jantan laki org kalau benda kecik camni pun takleh handle xtau la aku |
|
|
|
|
|
|
|
semoga sempat pakai tudung balik aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ngek at 28-4-2023 01:25 PM
acah je lebey. balasan lo jd terpaling polis aurat. mmg selayaknya kena kecaman netijen |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak ko just terima bini ko seadanya bukan kerana sehelai kain di kepalanya? Gitu. Gabra tul lah jantan melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kena scam dengan bini. Nak kawin kena tutup aurat. Sahaja aku tutup aurat kerana HR |
|
|
|
|
|
|
| |
|