Penyanyi duo yang juga pasangan kembar Aisha Hanim tidak menikmati hidangan berunsurkan nasi selama empat bulan demi mendapatkan badan langsing serta berat badan idaman.
Mereka menggantikan nasi dengan hidangan lain dan berjaya mengurangkan berat badan sehingga 13 kilogram.
Foto: IG
“Sebenarnya tak dinafikan, kami mula nekad nak berdiet sejak tahun lalu. Kenalan asyik tanya, bila dah kurus ni, kami makan apa?
“Senang saja, jangan makan nasi! Sejujurnya, ada masa kami ‘moody’ dan emosi kerana diet, sampai ada tempoh tu berminggu-minggu tak keluar rumah jumpa kawan-kawan.
“Mungkin sebab kami berdua kembar, jadi kami bulatkan tekad dan kami pun sering berdua, jadi nak buat aktiviti pun bersama. Bila kami berdua berpakat, hasilnya itu menjadi,” kata Aisha.
Tambah Hanim pula, mereka juga tidak lupa untuk bersenam bersama di rumah untuk mendapatkan berat badan idaman.
“Sepanjang kami sama-sama diet, kami sokong satu sama lain. Kami saling berpesan, sering beri motivasi. Kami jaga pemakanan, tidak mengambil gula dan garam, kami elak makan nasi, kami nikmati makanan gantian.
“Bukan sahaja risau dengan keadaan tubuh badan, kami juga risau dengan masalah kesihatan lain seperti kolestrol dan sebagainya. Alhamdulillah, selepas berhempas pulas diet, berat badan saya turun sebanyak 13 kilogram manakala Aisha pula dalam hampir 10 kilogram,” kata Hanim.
Dalam perkembangan lain, mereka muncul dengan lagu Raya Rumah terbuka bersempena ketibaan Syawal.
Lagu raya yang mengetengahkan konsep irama kugiran dengan suntikan elemen tradisional itu ditulis oleh Omar K dan lirik oleh Hanis Rafi serta Firdaus Rahmat.
“Lagu ini juga adalah cara kami untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri itu sendiri. Kami cuba membawa pendengar kembali ke zaman kanak-kanak, ketika Aidilfitri disambut dengan penuh keriangan.
“Kami selesa bekerjasama dengan Omar K. Dia faham hala tuju muzik dan senang untuk berbincang. Raya Rumah Terbuka menggabungkan elemen tradisional dan kugiran serta lirik yang mengimbau nostalgia Aidilfitri,” katanya. -CARI
Post time 28-4-2023 09:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sampai bila ko nak bertahan tak amik nasi tu?
Nasi lebih bagus drpd roti.
Bulan puasa iols elakkan amik makanan yg guna tepung gandum, yg tinggi gluten.
Walupun sahur cuma air kosong, tp kepala dah tak sakit. Tak kena migrain mcm selalu.
Iols percaya gluten tak bagus utk iols, buat perut rasa sebu, kembung dan tak lawas nk yak.
Raya kali ni pun tak mkn kueh2 raya yg biskut2 tu, just mkn kerepek2, dan kueh yg gun tepung beras mcm rempeyek n muruku.
Post time 28-4-2023 09:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
esbok replied at 28-4-2023 09:13 AM
Kekadang kurus sgt pun tak lawo, berbaju je lawo. Tapi dah dia punya satisfaction kat situ, boleh aj ...
Yup terutama yg umur dh makin byk, sbb muka dah takde baby fat. Kolagen pun dah kurang.
Semua menda kat badan dah mudah layut, kecut bagai.
Jd bila kurus sgt mmg akan nampak tua. Mmg la ko bleh bergaya baju saiz S tp bila bukak baju.
Diri sendiri pun malu tgk badan sendiri. Tek kecut tak berlemak, punggung leper.Sbb dh penah beranak maka lower abs tu mengelambir.
Harapkan korset je la nak nampak kemas.
Dulu aku tak paham kenapa makcik2 aku kata, buruk kalau kurus, kene ada isi sikit.
Sekarang aku dah paham maksud depa, sekarang mata aku sendiri pun tengok, kalau kurus tak berapa nak lawa, kene ada isi sikit.
ko skip dinner pun cukup.. insya allah boleh sihat.. yg penting kena makan makanan bukan proses. kurang gula n garam.. hahahaha.. rugi ooo x mkn nasi campur time lunch... enak bangat... ko jgn le mkn makanan viral berkeju murahan tue.. ntah hape hape bahan dia campur claim keju jual murah ...
Post time 28-4-2023 10:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
esbok replied at 28-4-2023 09:42 AM
Dulu aku tak paham kenapa makcik2 aku kata, buruk kalau kurus, kene ada isi sikit.
Sekarang aku da ...
Yup, pompuan ni dia kurus sbb nak puaskan hati mata pompuan lain.
Walhal org lelaki bukan suka pun hat rata sgt nih. Depa suka yg berinti.
Rata2 kawan iols yg jenis metabolisme tinggi, berat pun 45kg ke bawah ni tak gembira pun ngn badan memasing walau org duk puji eh badan mcm budak skolah blablaa.. tp tuan badan tak suka pun. Sbb suami memasing selalu bising suh bagi badan tu tebal skit.
Post time 28-4-2023 10:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Suchi: Sampai bila ko nak bertahan ta ...
Boleh je sis. I dah hidup dekat 2 dekad tak makan nasi and tak craving pun. Benda tu cultural / habit. Kalau memang dari awal tak amalkan, tak lut pun.