CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 823|Reply: 12

Shahidan Kassim Tanya, "Kenapa Rumah Terbuka Malaysia Madani Tidak Dibuat Di Perlis?"

[Copy link]
Post time 27-4-2023 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Arau: Tindakan kerajaan pusat mengadakan Rumah Terbuka Malaysia Madani di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun ini boleh menimbulkan prasangka dalam kalangan rakyat yang melihatnya sebagai langkah politik.


Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, walaupun berkali-kali dinafikan oleh pimpinan kerajaan namun rakyat tetap melihat penganjurannya hanya di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan itu sebagai platform politik.


"Kenapa tidak mahu buat di Perlis dan negeri lain. Negeri yang dilaksanakan majlis itu pula adalah negeri yang bakal hadapi PRN, jadi sudah tentulah akan timbul syak wasangka dan ini tidak manis dan tidak wajar berlaku kerana jika kita buat sesuatu kerja, kita tidak akan mahu menimbulkan buruk sangka dalam kalangan rakyat.


"Sekiranya kerajaan menganjurkan rumah terbuka itu bertujuan berkempen bagi PRN, Perikatan Nasional (PN) juga boleh melakukan tindakan sama bagi memastikan kemenangan di negeri berkenaan," katanya ketika ditemui semasa melakukan tinjauan persiapan Majlis Rumah Terbuka Bersama Ahli Parlimen Arau Bersama Perpaduan Ummah Malaysia di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Arau, Kubang Gajah, di sini, hari ini.




Foto: The Vibes




Shahidan berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan pusat mengadakan majlis berkenaan di enam negeri bermula pada Sabtu ini di Kedah dan dijangka berakhir pada 14 Mei di Selangor.


Selain itu, majlis sama turut dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang (6 Mei), Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei) dan Terengganu (13 Mei).


Shahidan berkata, pihaknya tidak pasti niat sebenar kerajaan yang menganjurkan majlis berkenaan di negeri berkenaan.


"Saya tak pasti apa niat mereka (kerajaan) melalui penganjuran rumah terbuka ini dan pastinya ia akan menimbulkan syak wasangka.


"Jika tujuannya ikhlas bagi menyambut Aidilfitri, maka baguslah tapi kalau ia untuk berkempen maka kita pun akan lawan.


"Rakyat sedang marah dan mereka juga tertanya-tanya adakah penganjuran rumah terbuka ini untuk tujuan kempen atau sebaliknya," katanya.


Beliau berkata, sekiranya majlis itu tetap diteruskan, parti diwakili kerajaan bakal berdepan kekalahan teruk susulan penolakan rakyat dalam PRN nanti.


Sementara itu, walaupun tiada peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen dari blok pembangkang di Parlimen, Shahidan tetap meneruskan penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri seperti biasa sama seperti tahun sebelum ini.


Malah, penganjuran Majlis Rumah Terbuka Bersama Ahli Parlimen Arau itu sudah menjadi tradisi sejak 1986.


Selain rakyat setempat, beberapa pemimpin utama PN juga turut dijemput hadir bagi memeriahkan lagi penganjuran rumah terbuka itu yang dijadual berlangsung pada hari ini dari jam 10 pagi hingga 2 petang nanti. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2023 11:45 AM | Show all posts
benda jd obvious sbb xde lgsg bt kat sabah/swak..borneo dipinggirkan ke mcamana
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
mia31483: benda jd obvious sbb xde lgsg  ...
Biasalah negeri Sabah Sarawak kan susah nak pegi. Bajet  tak cukup. Baik tabur kat negeri PN. Ops .. nanti ada yang bitter. Sorry
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:51 AM | Show all posts
bukan kita kena husnuzon ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb Perlis xde PRN. Tu pun tak tau ka?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 11:54 AM | Show all posts
Antifake: Biasalah negeri Sabah Sarawak kan susah nak pegi. Bajet  tak cukup. Baik tabur kat negeri PN. Ops .. nanti ada yang bitter. Sorry


oww mungkin sabah/swak depa dtg celebrate gawai/kaamatan nnti jerrr.. ok2 husnuzon semula...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko nak buat kat perlis buatlah takde sapa halang
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat kat sinun kang 8 orang je yang datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 27-4-2023 11:52 AM
Sbb Perlis xde PRN. Tu pun tak tau ka?

Tepat sekali
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 01:46 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 27-4-2023 12:43 PM
Buat kat sinun kang 8 orang je yang datang.

Aku rasa mcm tu juga. Sbb aku dah balik KL dah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la shidan ni ckp, cuba melaka bubar dun hari ni......x dan2 jamuan raya x alih2 terpacul kt mlk plk.....so, klau nk buat jamuan raya kt perlis kena la bubar dun sblm habis syawal
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 03:39 PM | Show all posts
dia takmau tgk muka hang la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 27-4-2023 12:43 PM
Buat kat sinun kang 8 orang je yang datang.

Hahahahahah ye tak ye jugaaa membazir je kang mknn2 tu semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.093475 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list