CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 1

Bunuh 12 Orang, Kekejaman Bomoh Pengganda Wang Mbah Slamet

[Copy link]
Post time 26-4-2023 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Jakarta: Pembongkaran aktiviti bomoh pengganda wang dikenali sebagai Mbah Slamet yang membunuh kira-kira 12 mangsa di Banjarnegara, Jawa Tengah, mengejutkan masyarakat negara itu, baru-baru ini.


Kompas melaporkan, polis menemukan semua mayat yang ditanam di kawasan tanah di lereng bukit pada kedalaman 0.8 meter (m) sehingga satu meter.




Foto: Detik Jateng




Berikut adalah kronologi, motif dan jumlah mangsa pembunuhan oleh bomoh pengganda wang:


- Pembunuhan disyaki dilakukan Slamet Tohari, 45, terbongkar selepas polis Banjarnegara menerima laporan kejadian orang hilang pada 27 Mac lalu.


- Mangsa dari Sukabumi, Jawa Barat dikesan hilang selepas berkunjung ke Banjarnegara, untuk berjumpa Slamet pada 23 Mac lalu.


- Sebelum hilang, mangsa sempat menghantar pesanan WhatsApp kepada keluarga meminta mereka mencarinya di rumah Slamet, jika dia tidak dapat dihubungi selepas beberapa hari.


- Selepas pesanan itu diterima, keluarga tidak menerima sebarang khabar berita daripada mangsa lalu mereka ke rumah Slamet.


- Keluarga turut membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa dan sepasukan polis ke lokasi untuk menjalankan siasatan.


- Hasil siasatan, polis mendapati mangsa sudah dibunuh dan mayatnya ditanam.


Ketua Polis Banjarnegara Hendri Yulianto berkata, mangsa ditanam di kawasan menuju ke hutan di Wanayasa.


Susulan penemuan mayat mangsa itu, polis turut menemukan beberapa lagi mayat mangsa lain di kawasan berhampiran.


Media sebelum ini melaporkan, Mbah Slamet yang disyaki membunuh sekurang-kurangnya 10 mangsa sejak 2020 ditahan polis di Jawa Tengah pada 1 April lalu.


Slamet ditahan di rumahnya di Desa Balun, Wanayasa, Banjarnegara bersama seorang pembantunya yang mempromosikan perkhidmatan penggandaan wang di media sosial.


Semua mangsa diperdaya Mbah Slamet yang kononnya mampu menggandakan wang daripada 40 juta rupiah (kira-kira RM11,822) kepada lima bilion rupiah (kira-kira RM1.5 juta).


Kes disiasat di bawah Perkara 340 Kanun Jenayah yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau maksimum 20 tahun penjara. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2023 04:04 PM | Show all posts
Mbah Takselamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.174970 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list